-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Encryption
Penyulitan (Encryption)
Platform perdagangan Forex yang terkenal di seluruh dunia menggunakan perkakas penyulitan untuk memastikan semua data pelabur selamat.
DEFINISI Penyulitan
Data penyulitan adalah salah satu cara paling lazim untuk menyimpan maklumat sensitif dengan selamat, dan ribuan perniagaan di seluruh dunia menggunakan penyulitan untuk melindungi data kad kredit, maklumat pengenalan peribadi, nombor akaun kewangan dan banyak lagi.
Kekuatan penyuliutan bergantung kepada algoritma yang ia gunakan untuk merahsiakan data dan juga kunci binari. Bila data perlu dibaca semula, kod di nyahsulit menggunaan sama ada kunci yang sama atau kunci lain bergantung kepada jenis penyulitan yang digunakan.
MENCERAKINKAN Penyulitan
Sesiapa yang pernah menggunakan internet pasti telah menggunakan penyulitan. Hampir setiap perkakas perkomputeran yang kita gunakan sehari-hari menggunakan suatu rupa bentuk teknologi penyulitan, dari telefon pintar (yang datanya selalunya disulitkan), ke tablet, desktop dan laptop. Secara mudahnya, penyulitan ada di mana-mana.
Apa bercakap tentang penyulitan, adalah penting untuk ditegaskan bahawa semua teknologi penyulitan moden datangnya dari kriptografi. Kriptografi - secara yang paling asas – adalah perbuatan membuat dan (cuba) mentafsir sesuatu kod. Walaupun penyulitan elektronik secara relatifnya baru, kriptografi itu sendiri adalah satu sains yang asal usulnya boleh dijejak sehingga ke zaman Yunani kuno.
Teknologi penyulitan moden menggunakan algoritma yang lebih canggih serta saiz kunci yang lebih besar untuk mengkaburkan data yang disulitkan dengan lebih baik. Lebih besar saiz kunci, lebih banyak bilangan kombinasi yang mungkin yang perlu diuji oleh "brute force attack" untuk menyahsulit ciphertext dengan jayanya.
Sebagai contoh, pada kurun lalu, penyulitan 40 bit, iaitu kunci dengan 240 permutasi yang mungkin, dan penyulitan 56 bit adalah standard. kebanyakan penyulitan moden menggunakan minimum kunci 128 bit, dan sesetengahnya menggunakan kunci 256 bit atau yang lebih besar lagi. Untuk memberikan perspektif, menggodam kunci 128 bit memerlukan serangan brute force untuk menguji lebih dari 339,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 kombinasi kunci yang mungkin. Dengan saiz kunci yang semakin besar, jumlah masa yang diperlukan untuk memecahkan suatu penyulitan menggunakan serangan brute force akan lebih besar secara eksponensial.
2022-12-12 • Dikemaskini