-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Financial Market
Pasaran Kewangan
Dalam ekonomi, pasaran kewangan adalah mekanisma yang membolehkan individu dan entiti untuk membeli dan menjual sekuriti kewangan yang antaranya termasuklah ekuiti, bon, matawang, derivatif dan komoditi serta lain-lain item-item sepiawai bernilai pada kos transaksi yang rendah dan harga yang mencerminkan bekalan dan penawaran. Kedua-dua pasaran am seperti Bursa Saham New York (NYSE) di mana banyak komoditi diperdagangkan, dan pasaran khusus seperti pasaran tukaran Forex, menyaksikan dagangan bernilai trilionan dolar sehari. |
MENCERAKINKAN Pasaran Kewangan |
Harga saham yang didagangkan di pasaran kewangan boleh berbeza dari nilai intrinsik sekuriti kerana faktor makroekonomi seperti percukaian, dsb. Lebihan lagi, ketelusan maklumat syarikat yang menerbitkannya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas harga sekuriti tersebut. |
Pasaran Saham |
Sebuah pasaran kewangan yang membolehkan para pelabur untuk membeli dan menjual saham syarikat yang sering didagangkan dipanggil pasaran saham. Perkataan 'saham' bermaksud ekuiti atau pemilikan di dalam sebuah perbadanan. Terdapat dua jenis pasaran saham: pasaran primer, di mana syarikat-syarikat menerbitkan saham untuk masyarakat umum menerusi terbitan awam, dan pasaran sekunder di mana sekuriti sedia ada dijual beli antara sesama para pelabur bergantung kepada berita dan fundamental syarikat yang tersenarai. Pasaran modal sangat cair dan kompleks berbanding lain-lain pasaran kewangan. |
Pasaran Atas Kaunter |
Pasaran Atas Kaunter (OTC, Over The Counter) adalah pasaran yang terpencar, tidak mempunyai lokasi pusat fizikal, di mana para peserta pasaran berdagang antara satu sama lain menerusi pelbagai modus komunikasi seperti telefon, emel dan sistem perdagangan elektronik persendirian, Pasaran atas kaunter (OTC) dan pasaran tukaran adalah dua cara asas pasaran kewangan diuruskan. Di pasaran OTC, peraih bertindak sebagai penggerak pasaran dengan memberikan sebutharga pada mana mereka akan membeli dan menjual suatu sekuriti atau matawang. Suatu dagangan boleh dilaksanakan antara dua peserta di dalam pasaran OTC tanpa pihak lain ketahui harga pada mana transaksi transaksi itu dilakukan. |
Pasaran Bon |
Pasaran Bon adalah pasaran untuk semua jenis bon dan sebuah tempat di mana organisasi pergi untuk mendapatkan pinjaman yang besar. Secara amnya, bila harga saham meningkat, harga bon akan menurun. Terdapat pelbagai jenis bon, termasuk Bon Perbendaharaan, bon korporat, dan bon perbandaran. Satu contoh bon adalah debentur. |
Pasaran Wang |
Pasaran Wang merujuk kepada pasaran di mana instrumen kewangan yang mempunyai tempoh kematangan jangka pendek didagangkan. Pasaran ini membantu syarikat-syarikat dan juga kerajaan untuk mengatasi kesempitan dari masalah kecairan jangka pendek. Jika seseorang mempunyai lebihan kecairan dalam bentuk tunai maka beliau boleh membeli di pasaran wang dan diwaktu kecairan menghimpit dia boleh menjual sekuriti jangka pendek yang sedang tidak menghasilkan apa-apa kepada syarikat-syarikat dan kerajaan di pasaran wang. Bil perbendaharaan, kertas perdagangan, penerimaan jurubank, deposit, sijil deposit, bil pertukaran adalah sebahagian dari instrumen yang didagangkan di pasaran wang. |
Pasaran Derivatif |
Derivatif adalah instrumen kewangan yang mendapat nilainya dari nilai aset lain dan justeru nilainya bergantung kepada nilai aset pendasarnya. Derivatif adalah produk paling kompleks dan inovatif dan adalah sebab mengapa munculnya minat yang mencanak-canak terhadap derivatif dan volum transaksi harian pasaran derivatif telah melepasi trilionan dolar. Niaga hadapan, opsyen, swap adalah sebahagian contoh instrumen derivatif yang digunakan di pasaran derivatif. |
Pasaran Forex |
Pasaran tukaran matawang asing adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Kadar tukaran matawang-matawang diapungkan dan sentiasa didagangkan secara berpasangan. Beroperasi sepanjang hari, pasaran Forex mendagangkan jumlah wang yang amat besar, dijangka sebanyak 5.1 trilion dolar A.S. sehari. Forex adalah pasaran atas kaunter dan terpencar, di mana bisnes dijalankan menerusi telefon, komputer, telefon pintar dsb. Pemain besar pasaran seperti perbadanan, bank-bank komersil, pusat-pusat wang, dana pencen dan firma-firma bank pelaburan menyertai perdagangan Forex bersama-sama dengan para pedagang berpengalaman dan amatur. |
Pelbagai pasaran kewangan memainkan pelbagai peranan berbeza dan justeru semuanya adalah penting untuk ekonomi dan negara yang berfungsi dengan lancar. |
2024-05-22 • Dikemaskini