-
Apa itu dana indeks?
Indeks saham adalah suatu penanda aras, yang mengukur prestasi sekumpulan saham tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 yang terkenal merangkumi 500 syarikat terbesar yang tersenarai di bursa-bursa saham di Amerika Syarikat.
-
Bagaimana cara melabur dengan dana indeks?
Pilih dana indeks atau dana yang ingin anda dagangkan. Sekiranya anda seorang pemula baru, di peringkat awal adalah lebih baik untuk memilih indeks pasaran yang terkenal dan meluas skopnya. Pertimbangkan sektor (contohnya, Nasdaq 100 adalah indeks teknologi) dan geografi (Nikkei 225 - adalah indeks utama saham Jepun) indeks berkenaan.
-
Adakah indeks saham lebih baik dari saham individu?
Indeks saham adalah portfolio yang sudah dipelbagaikan dengan baik (well diversified). Pempelbagaian adalah salah satu rukun yang utama perdagangan saham. Ia merujuk tentang strategi di mana pedagang cuba untuk memiliki pelbagai aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Oleh itu, indeks lebih tahan terhadap kejutan pasaran yang tidak dijangka berbanding situasi di mana pedagang hanya bergantung pada saham individu, dan dengan itu indeks boleh dianggap sebagai pelaburan yang berisiko rendah.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
FTSE100
FTSE100
FTSE100 adalah indeks yang dibentuk dari 100 syarikat terbesar yang tersenarai di pasaran bursa saham London.
Financial Times Stock Exchange Index mengesan prestasi syarikat-syarikat yang mempunyai permodalan terbesar yang tersenarai di pasaran Bursa Saham London, termasuk Rolls-Royce Holdings, Barclays, Royal Dutch Shell dan Carnival.
Indeks FTSE100 mengikuti perubahan pada harga saham tersebut. Jumlah permodalan indeks merangkumi kira-kira 80% dari keseluruhan permodalan pasaran UK. Ia amat penting untuk London sama seperti indeks seumpamanya di A.S. Amerika Syarikat mempunyai Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 dan dua indeks ini adalah indikator utama prestasi bagi pasaran tersebut.
Carta FTSE100 membolehkan pedagang dan pelabur menjejak kenaikan dan penurunan indeks.
Bagaimana ia dikira?
Tahap indeks saham FTSE 100 dikira menggunakan total permodalan pasaran syarikat konstituen dan nilai indeks. Jumlah permodalan pasaran berubah dengan harga saham setiap syarikat yang diindeks sepanjang hari perdagangan, menyebabkan nilai indeks juga berubah. Apabila FTSE 100 disebut naik atau turun, ia diukur berbanding harga penutupan pasaran hari sebelumnya.
Bagaimana cara untuk dagangkan FTSE100 di FBS?
Anda boleh memperdagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) FTSE100. CFD mencerminkan pergerakan FTSE100. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.
Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang, anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.
Apa yang mendorong harga indeks FTSE100?
Seperti kebanyakan indeks, FTSE100 didorong oleh laporan pendapatan, perlantikan penting, dan pelancaran produk baru.
2023-05-03 • Dikemaskini