-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Initial Public Offering
Tawaran Awam Awal (IPO)
IPO
Hampir setiap syarikat mempunyai beberapa objektif jangka panjang. Dan tentu saja, pertumbuhan pendapatan syarikat menjadi salah satu dari sasaran ini. Namun, pada suatu ketika, bekalan wang syarikat mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang pesat. Salah satu senario yang boleh dipertimbangkan adalah dengan meningkatkan hutang syarikat. Tetapi syarikat mempunyai peluang yang lebih besar, Penawaran Awam Awal, atau IPO.
Apakah itu IPO?
Penawaran awam awal adalah satu proses di mana syarikat swasta menjual sahamnya kepada pelabur secara terbuka. Ini mungkin syarikat yang baru ditubuhkan, syarikat yang masih muda atau syarikat lama yang memutuskan untuk disenaraikan di bursa dan oleh itu menjadi menjadi syarikat milikan awam.
IPO sering berlaku, contoh yang terbaru adalah Coinbase atau Robinhood. Kedua-duanya tersedia untuk didagangkan di FBS .
Makna IPO
Fikirkan IPO sebagai bahagian akhir satu peringkat dalam kitaran hidup syarikat dan permulaan peringkat yang lain – ramai pelabur asal ingin melepaskan sebahagian dari saham mereka di dalam start-up atau perusahan baru yang mereka bina. Atau di dalam senario lain, pelabur di syarikat swasta yang sudah kukuh yang ingin menjadi syarikat awam juga mahukan peluang untuk menjual sebahagian atau semua saham mereka.
Dari perspektif pelabur runcit, IPO adalah peluang untuk melabur dalam syarikat yang mempunyai potensi masa depan yang cerah, yang harganya mungkin meningkat berlipat kali ganda. Sebagai contoh, Amazon telah tumbuh lebih 120 000% sejak IPO mereka pada tahun 1997.
2022-04-05 • Dikemaskini