Market Order

Pesanan Pasaran (Market Order)

Perdagangan Forex memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai istilah dan konsep. Salah satu konsepnya ialah pesanan pasaran (market order). Dalam artikel ini, kita akan bincangkan pesanan pasaran, termasuk bagaimana ia berfungsi, kelebihan dan kekurangannya, dan membandingkannya dengan jenis-jenis pesanan yang lain.

Apakah itu pesanan pasaran (market order)?

Pesanan pasaran ialah perintah yang diberikan oleh pedagang kepada broker mereka untuk melaksanakan urusniaga perdagangan pada harga pasaran semasa. Ini bermakna urusniaga itu akan dilaksanakan serta-merta, tanpa sebarang penangguhan atau perlu menunggu untuk harga tertentu dicapai.

Pesanan pasaran biasanya digunakan oleh pedagang yang ingin membeli atau menjual matawang dengan cepat dan cekap, tanpa terlepas sebarang pergerakan pasaran. Bagaimanapun, pesanan pasaran mempunyai had dan kekurangan yang ketara, iaitu kemungkinan untuk mengalami gelinciran (slippage). Pesanan jenis ini sangat bagus untuk mereka yang mahukan kelajuan dan reda kehilangan beberapa poin keuntungan kerana pulangan yang mereka akan terima jauh lebih besar.

Bagaimanakah pesanan pasaran berfungsi?

Apabila pedagang membuat pesanan pasaran, broker mereka akan melaksanakan urusniaga itu pada harga yang terbaik di pasaran. Ini bermakna pedagang akan mendapat matawang tersebut pada harga semasa pasaran, tanpa mengira samada harga menaik atau menurun selepas mereka membuat pesanan.

Urusniaga tersebut dilaksanakan hampir serta merta, dan pedagang akan dapat melihat matawang dalam akaun mereka sejurus selepas itu. Contohnya, di FBS, 95% pesanan akan dilaksanakan dalam masa 0.4 saat, kelajuan sepantas kilat yang bermaksud pesanan pasaran anda akan dibuka pada harga yang hampir sama dengan apa yang anda lihat sebelum urusniaga itu dibuka.

Bila sepatutnya pesanan pasaran digunakan

Contohnya, semasa anda mahu memasuki atau keluar dari pasaran dengan cepat. Di situlah peranan dan kelebihan pesanan pasaran akan menyerlah. Ia sangat ideal untuk pedagang yang tidak kisah tentang harga semasa pesanan itu dilaksanakan, kerana mereka sanggup untuk membeli atau menjual pada harga semasa pasaran.

Pesanan pasaran juga berguna dalam pasaran yang bergerak pantas dimana harga boleh berubah dengan cepat, kerana ia akan memastikan yang pedagang tak akan terlepas sebarang pergerakan pasaran.

Setiap kali berita yang memberi impak besar disiarkan, harga mungkin meroket naik atau jatuh merudum. Pergerakan ini mungkin sesuatu yang dicari-cari oleh pedagang, jadi sudah tentu mereka tidak mahu terlepas pandang. Sebaliknya, untuk mendapatkan harga ini dengan menggunakan limit order juga sangat sukar (kita akan bincangkan tentang pesanan jenis ini dalam artikel ini nanti). Di sinilah pesanan pasaran sangat membantu.

Kekurangan pesanan pasaran

Salah satu daripada kekurangan utama pesanan pasaran ialah pedagang tidak mempunyai kawalan terhadap harga pada ketika urusniaga dilaksanakan. Ini bermakna, jika pasaran sedang meruap, pedagang mungkin terpaksa membayar harga yang lebih tinggi atau menerima matawang yang kurang berbanding apa yang dijangkakan oleh mereka. Tambahan pula, pesanan pasaran bergantung kepada gelinciran ataupun slippage, iaitu perbezaan antara harga jangkaan dengan harga sebenar ketika perdagangan dilaksanakan.

Walaupun demikian, kami di FBS tidak akan mengeluarkan sebutharga semula. Ini bermakna apabila anda meletakkan pesanan, ia akan dilaksanakan pada harga sebenar pasaran. Dalam kata lain, pesanan anda akan terus dihantar ke pembekal kecairan, di mana ia akan dilaksanakan. Ini akan membantu kita memastikan harga seberapa sepadan yang mungkin dengan harga sebenar. Dengan FBS, anda boleh yakin bahawa anda akan mendapat apa yang anda jangkakan. Baca lebih lanjut tentang polisi pelaksanaan FBS.

Pesanan Pasaran (Market order) lwn. pesanan had (limit order)

Pesanan had atau limit order ialah arahan yang diberikan oleh pedagang kepada broker mereka untuk membeli atau menjual matawang pada poin harga tertentu atau yang lebih baik. Ini bermakna bahawa perdagangan hanya akan dilaksanakan jika harga mencapai tahap yang ditentukan.

Tidak seperti pesanan pasaran, pesanan had memberikan pedagang lebih kawalan ke atas harga pada ketika perdagangan dilaksanakan, tetapi ia juga boleh mengakibatkan peluang terlepas jika harga tidak mencapai tahap yang telah ditentukan.

Contoh pesanan pasaran

Katakan seorang pedagang ingin membeli 1000 unit USD/JPY pada harga pasaran semasa iaitu 109.50. Mereka membuat pesanan pasaran dengan broker mereka, yang melaksanakan perdagangan hampir serta-merta pada harga terbaik yang tersedia di pasaran. Jika harga boleh kekal pada tahap ini sekitar 0.4 saat, pedagang akan mendapat pesanan dengan harga pembukaan 109.50. Dalam kes lain, pedagang mungkin melihat harga pembukaan hampir dengan harga asal, seperti 109.45 atau 109.55, bergantung pada keadaan pasaran semasa.

Kesimpulan

Pesanan pasaran ialah alat yang berkuasa dalam perdagangan forex, yang membolehkan pedagang masuk atau keluar pasaran dengan cepat dan cekap. Ia sangat ideal untuk pedagang yang tidak kisah tentang harga semasa pesanan itu dilaksanakan, dan mana-mana pedagang yang ingin mengambil kesempatan dari perdagangan yang pantas.

Undur

2023-04-19 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera