-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Mirror Trading
Mirror Trading
Apakah itu mirror trading?
Mirror trading adalah legit, dan ia bukan suatu bentuk skim piramid. Ia berkaitan dengan aktiviti "mencermin" urusniaga seorang pedagang yang berjaya. Memandangkan maklumat perdagangan sentiasa tersedia di dalam talian, pedagang boleh menggunakan platform digital untuk "mencermini" dan menyalin pesanan-pesanan pedagang yang berjaya secara automatik dalam masa nyata. Pemula biasanya menggunakan strategi ini kerana mereka mungkin tidak tahu cara-cara untuk meraih manfaat daripada pasaran.
Strategi mirror trading dibenarkan di mana-mana pasaran, menjadikannya berguna untuk setiap pemula. Pada mulanya ia tersedia kepada pelabur institusi, tetapi kini tersedia melalui platform digital kepada semua pelabur dan pedagang.
Mirror Trading vs Copy Trading : Apakah Perbezaannya?
Orang ramai sering menggunakan kedua-dua istilah ini seolah-olah ia membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara dua strategi ini.
Dalam mirror trading, pedagang boleh menentukan saiz lot dan amaun posisi perdagangan dalam setiap urusniaga yang beliau tiru. Manakala dalam copy trading, pengikut harus memperuntukkan sebahagian daripada modalnya kepada pembekal isyarat dan membayar yuran dan komisen untuk perkhidmatan yang disediakan. Lebih-lebih lagi, setiap urusniaga dibuka mengikut nisbah modal yang diperuntukkan kepada penyedia.
Sebagai contoh, katakan seorang pedagang memperuntukkan $10,000 kepada pembekal isyarat, yang berdagang dengan modal $100,000, dan beliau membuka dagangan $1000. Dalam kes itu, urusniaga ini akan dibuka secara automatik pada akaun copy trading pedagang dengan saiz posisi $100 lantaran dari nisbah 1:10.
Kelebihan Mirror Trading
- Mudah untuk pemula. Pedagang baru dapat mengelak daripada membuat kesilapan dengan memantau dan mengikuti strategi pedagang pro. Pedagang tidak memerlukan sebarang pengalaman untuk menggunakan strategi mirror trading.
- Keupayaan untuk belajar. Dengan mengikuti pedagang profesional, seorang pemula dapat meningkatkan pengalamannya sendiri dan belajar sehingga dia menjadi mahir tanpa sebarang kerugian.
- Anda boleh pastikan emosi anda tidak mempengaruhi. Mirror Trading membolehkan anda menyingkirkan emosi, salah satu masalah yang paling signifikan bagi setiap pemula. Seorang pedagang yang baik tidak akan pernah mempedulikan suara emosinya semasa berdagang. Memandangkan mirror trading adalah automatik dan bukan manual, anda tidak perlu risau tentang perkara ini.
Keburukan Mirror Trading
- Anda perlu memilih pedagang yang betul. Jika anda memilih strategi atau pedagang yang buruk, anda mungkin kehilangan modal anda.
- Anda perlu mengambil kira kelewatan masa. Adalah penting untuk memilih program yang meniru urusniaga dengan serta merta. Jika anda berdagang dalam pasaran matawang kripto atau forex ketika pasaran meruap-ruap, kelewatan yang walaupun sedikit boleh menjadikan strategi mirror trading anda tidak berguna.
2022-07-08 • Dikemaskini