Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Indikator Osilator

Apa itu osilator?

Osilator adalah alat analisis teknikal, indikator yang membantu pedagang meramal trend pasaran dan, oleh yang demikian, harga. Bot-bot khas boleh dibina untuk membantu perdagangan dengan osilator: memantau pergerakan pasaran melalui indikator, ia memberikan signal untuk membeli atau menjual aset.

Bagaimana osilator berfungsi?

Kebiasaannya, indikator perdagangan ini digunakan bersama dengan alat-alat analisis teknikal lain untuk membuat keputusan perdagangan. Berdasarkan pengalaman penganalisis, osilator menunjukkan prestasi yang baik apabila trend yang jelas sukar ditemui, contohnya, apabila suatu saham sedang didagangkan mendatar.

Strategi perdagangan osilator yang terbaik untuk digunakan bergantung pada keadaan. Sungguh pun begitu, osilator yang paling meluas digunakan ialah:

  • Osilator stokastik
  • Indeks Kekuatan Relatif (RSI)
  • Osilator Awesome
  • Money Flow Index (MFI)
  • Kadar perubahan (ROC)

Jika anda memutuskan untuk menggunakan suatu osilator, dua nilai harus dipilih. Kemudian, osilator diletakkan di antara keduanya untuk mencipta indikator trend. Indikator ini menggambarkan keadaan pasaran yang terkini untuk aset yang telah anda pilih. Apabila osilator beralih lebih dekat kepada nilai yang tertinggi, aset tersebut dianggap sebagai terlebih beli. Jika tidak, aset itu dianggap terlebih jual.

Mekanik osilator

Dalam analisis teknikal, osilator diukur pada skala peratusan dari 0 hingga 100. Indikator osilator dipaparkan pada satu carta interaktif yang berasingan.

220_1.png

Osilator mempunyai satu garisan yang malar: garisan sifar. Terdapat juga 2 garisan yang perlu dipilih secara berasingan: ia adalah garis terlebih beli dan terlebih jual. Untuk mencari garis-garis ini, seorang pedagang perlu menganalisis sejarah indikator tersebut dan sejauh manakah julat pergerakannya.

Walaupun secara relatifnya ia boleh dikatakan mudah dan ringkas, indikator osilator boleh memberikan beberapa signal selain daripada beli atau jual kepada seseorang pedagang. Yang paling lazim antaranya ialah:

  • Kemasukan garis osilator ke dalam zon terlebih beli dan terlebih jual
  • Garis osilator melepasi paras sifar
  • Sisihan (deviation) garis osilator daripada carta harga
  • Persilangan antara garis-garis osilator cepat dan perlahan

Signal hanya tepat apabila harga sekuriti pendasar berada dalam julat yang ditentukan. Walau bagaimanapun, ia kelihatan mengelirukan apabila penembusan harga berlaku. Ini boleh mengakibatkan harga bergerak melepasi julat yang sedang mengepung pasaran mendatar ketika itu atau mencetuskan permulaan suatu trend yang baharu.

Jenis-jenis osilator

Untuk memahami osilator yang mana yang paling sesuai untuk situasi tertentu, anda perlu mengetahui kekuatan dan kelemahannya.

Terdapat 2 jenis indikator osilator:

  1. Indikator osilator pendahulu (leading). Ia berfungsi secara proaktif, memberikan signal sebelum trend baharu berlaku. Keuntungan anda datang daripada peluang untuk meramalkan peralihan harga. Malangnya, indikator pendahulu terkenal dengan signal-signal palsu yang dihasilkannya dari semasa ke semasa.
  2. Indikator osilator lamban (lagging). Indikator osilator jenis ini, sebaliknya, memberikan signal selepas suatu trend baharu bermula. Ia tidak memberi makluman kepada anda terlebih dahulu tetapi menunjukkan perkara yang berlaku dengan harga secara de facto. Malangnya, keuntungan terbesar adakalanya diperolehi dalam beberapa bar pertama suatu trend, jadi indikator lamban tidak akan memberi anda peluang ini.

Secara keseluruhan, indikator utama menunjukkan prestasi terbaik dalam pasaran mendatar, manakala indikator lamban harus digunakan semasa pasaran sedang dalam trend, kerana ia memberikan signal selepas perubahan harga jelas membentuk suatu trend. Menggunakan indikator lamban menyebabkan pembelian dan penjualan yang lewat, tetapi ia mengurangkan risiko secara ketara.

Manfaat perdagangan osilator

Manfaat-manfaat alat teknikal termasuk:

  • Pengguna boleh memilih indikator yang paling mudah untuk setiap jenis pasaran daripada sejumlah besar indikator yang boleh dipilih.
  • Keupayaan untuk menerima signal pendahulu tentang perubahan dalam transaksi membolehkan seseorang bertindak balas dalam masa dan mendapat faedah maksimum (atau mengelakkan kerugian).
  • Tetapan yang fleksibel, di mana setiap pengguna melaraskan ketepatan signal tersebut.
  • Pelbagai jenis signal yang sesuai untuk pelbagai situasi pasaran.
  • Indikator osilator ialah alat yang paling mudah difahami untuk berdagang di bursa saham, kerana ia menunjukkan masa terbaik untuk membuka pesanan beli atau jual.

Contoh indikator osilator

Mari kita lihat salah satu indikator osilator yang paling biasa digunakan dalam perdagangan – Indeks Kekuatan Relatif (RSI).

220_2.png

RSI membezakan saiz keuntungan terkini dengan dinamik kejatuhan terkini. Sama seperti penggunaan strategi osilator stokastik, sebagai contoh, RSI boleh mengenal pasti situasi terlebih jual dan terlebih beli suatu aset. Juga, ia dianggap sebagai salah satu osilator terbaik untuk perdagangan intrahari.

Indikator RSI mempunyai julat 0 hingga 100. Apabila nilai indikator mencapai atau menghampiri 70, suatu aset dikatakan terlebih beli. Dalam situasi ini, para pedagang kerap kali membuka posisi short untuk mendapatkan untung. RSI menunjukkan aset terlebih jual yang mungkin berbaloi untuk dibeli jika ia menghampiri tahap 30. Oleh itu, apabila RSI melebihi tahap terlebih beli, adalah tidak bijak untuk membeli suatu aset. Apabila osilator ini berada di bawah aras terlebih jual, elakkan daripada menjual.

Indikator ini juga boleh digunakan untuk mengikuti trend. Selagi RSI bergerak ke atas, harga aset tersebut akan terus meningkat. Selagi RSI menurun, ia memulakan semula trend bearish.

Kesimpulan

Penggunaan indikator osilator amat membantu untuk mengenal pasti poin masuk dan keluar yang penting, terutamanya apabila digabungkan. Ia boleh dilihat sebagai contoh pengalaman perdagangan kerana ia biasanya dibangunkan oleh pengurus-pengurus yang terdiri daripada para pedagang yang aktif. Dengan menggunakan indikator ini, anda boleh mencari julat perdagangan yang selesa dan memahami bagaimana pedagang berpengalaman boleh masuk dan keluar pasaran sebelum pelabur yang tipikal.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.