Polygon

Polygon (MATIC)

Apakah itu Polygon (MATIC)?

Polygon, sebelum ini dipanggil Jaringan Matic, ialah agregator penyelesaian peringkat kedua untuk Ethereum. Polygon menghimpunkan pelbagai cara untuk menjadikan Ethereum lebih pantas dan lebih murah tanpa mengorbankan faktor keselamatan. MATICUSD menyediakan infrastruktur untuk blockchain yang berbeza untuk berinteraksi antara satu sama lain dan juga memperluaskan kemudahan penggunaan banyak koin.

Kini, lebih daripada 1 juta alamat telah dicipta berasaskan Polygon dan terdapat lebih daripada 80 juta transaksi sehari. Lebih daripada 50 aset digital — MATIC, Tether USD (USDT), USD Coin (USDC), Quickswap (QUICK), Dai Stablecoin (DAI), Chain Games (CHAIN) — telah dikenalpasti berdasarkan blockchain PoS mereka sendiri.

Bagaimana Polygon berfungsi

Poligon menggunakan mekanisme konsensus Proof-of Stake (bukti pemilikan) yang diubah suai yang membolehkan konsensus dicapai dengan setiap blok. Kaedah proof-of-stake (bukti pemilikan) ini memerlukan peserta rangkaian untuk bertaruh — bersetuju untuk tidak berurusniaga atau menjual — MATIC mereka dan sebagai ganjaran mereka mempunyai hak untuk menguji transaksi jaringan Polygon. Mereka menggunakan pengesah yang akan membantu mereka untuk mengesahkan transaksi ini. Pengesah yang berjaya dalam jaringan Polygon akan diberikan ganjaran MATIC.

Rangkaian Polygon, sebagai penyelesaian penskalaan sekunder, bertujuan untuk menghapuskan batasan platform Ethereum, iaitu yuran transaksi yang tinggi dan kelajuan pemprosesan transaksi yang perlahan. Polygon boleh menggunakan rangkaian rantaian blok sedia ada dan membangunkan rantaian bloknya sendiri, menyediakan sambungan antara Ethereum dan rantaian blok lain, dan membantu rangkaian rantaian blok sedia ada supaya menjadi serasi dengan Ethereum.

Kini platform ini sudah menyokong lebih daripada 7,000 projek berasaskan blockchain.

Apakah yang istimewa tentang Polygon?

Polygon meluaskan projek Rangkaian Matic asal dengan menyediakan para pembangun dengan satu set perkakas yang boleh mereka gunakan untuk membina blok berskala dan berprestasi tinggi serta aplikasi terdesentralisasi (DApps).

Ia unik kepada pasaran kerana ia adalah satu-satunya penyelesaian penskalaan yang menyokong Mesin Maya Ethereum (EVM) dan membolehkan rantaian yang disambungkan kekal bebas dari segi keselamatan sambil menjamin kesalingoperasian antara satu sama lain dan dengan rantaian utama Ethereum.

Tidak seperti platform lain, rantaian dalam ekosistem Polygon tidak perlu menggunakan lapisan keselamatannya sebagai lapisan perkhidmatannya sendiri, tetapi masih boleh bertukar-tukar mesej antara satu sama lain terima kasih kepada keupayaan pemesejan rawak terbina dalam. Ini akan memastikan para pembangun boleh mempelbagaikan Dapps yang boleh meleveraj ciri-ciri unik pelbagai rantaian dalam apa jua skala sekalipun.

Memandangkan pembangunan Polygon adalah hampir sama dengan pembangunan Ethereum, platform itu tersedia serta-merta kepada komuniti pembangun blockchain terbesar di dunia. Kini mereka boleh membina aplikasi berskala tinggi yang boleh memanfaatkan sepenuhnya rangkaian Ethereum tanpa sebarang kompromi.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Polygon adalah luar biasa kerana ia menyokong beberapa mekanisme penskalaan berbeza yang boleh digunakan oleh projek mengikut keperluan mereka. Dengan strategi tersebut, Polygon masih menang, walaupun penyelesaian penskalaannya menjadi dominan atau sebaliknya itu terhapus.

Kekurangan Polygon

Terdapat dua kekurangan utama Polygon. Pertama, ia bukan blockchain yang berdiri dengan sendirinya. Polygon adalah penyelesaian sekunder yang beroperasi pada platform Ethereum. Jika platform Ethereum mengalami gangguan besar atau tidak lagi wujud, Polygon berkemungkinan akan kehilangan nilainya. Kedua, penggunaan MATIC adalah terhad. Token MATIC direka untuk mengurus dan menjaga keselamatan platform Polygon, termasuklah fi transaksinya. Tidak seperti matawang digital lain, MATIC tidak digunakan dalam transaksi harian.

Berapakah nilai koin MATIC?

Token Polygon (MATIC) telah didagangkan kurang daripada $0.05 hampir keseluruhan sejarahnya. Pada satu ketika, harga MATIC melonjak dengan signifikan, tetapi kekal di bawah $3.00. Sehingga 18 Februari 2022, MATIC didagangkan di sekitar $1.60.

Masa depan Polygon (MATIC)

Kini kebanyakan projek telah berpindah ke Matic PoS Chain atau di dalam proses untuk dipantau; ia adalah Decentral Games, SportX, Easyfi, Neon District, 1inch Network, Quickswap, Uniswap, SushiSwap, Aavegotchi, Polymarket, Polkamarkets, dan Superfarm. The Graph dan Chainlink sedang merancang untuk menambah sokongan untuk Polygon. Projek tersebut juga telah mengumumkan kerjasama melibatkan pemain industri permainan video Atari.

Pada bulan Mei 2021, Polygon memasuki Syarikat Mark Cuban, senarai syarikat yang menyokong jutawan Mark Cuban. Nilai pelaburan tersebut tidak dinyatakan.

Pada tahun 2021, Polygon melancarkan Polygon Studios, anak syarikat Polygon yang memfokuskan pada permainan blockchain dan token tidak sepiawai (NFT). Sekiranya berjaya, Polygon Studios akan menjadikan Polygon sebagai pendahulu penyedia teknologi untuk permainan terpencar (tidak berpusat) dan NFT.

Undur

2024-05-28 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera