-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Pullback
Pullback
Apakah pullback dalam saham?
Pullback dalam pasaran saham ialah kejatuhan jangka pendek ataupun pemberhentian sejenak pada uptrend jangka masa panjang. Kebiasaanya ia akan diikuti dengan kenaikan yang baru ke paras yang lebih tinggi. Ia sering berlaku apabila berlakunya kenaikan harga yang signifikan dan ia akan mengakibatkan harga berada lebih rendah daripada high asal. Istilah pullback sering digunakan secara bergantian dengan istilah pengukuhan (consolidation) atau pengunduran (retracement). Namun, istilah pullback merujuk kepada kejatuhan harga dalam masa yang singkat.
Terdapat istilah lain yang menjelaskan kejatuhan harga, iaitu pembetulan (correction) dan penyongsangan (reversal). Walaupun pullback adalah penurunan singkat sebanyak 5% hingga 10%, pembetulan adalah 10% hingga 20% dan penyongsangan adalah melebihi 20%.
Bagaimana pullback berfungsi
Penjelasan ringkas berkaitan pullback adalah tentang nisbah penawaran dan permintaan. Dalam kata mudah, apabila harga saham meningkat, short seller memasuki pasaran dan pembeli lebih memilih untuk keluar dari pasaran. Hasilnya, apabila short seller menutup urusniaga mereka dengan cepat dan penjual membeli saham tersebut semula, pasaran melantun semula dengan pantas mengikut arah trend utama. Oleh itu, permintaan untuk aset tersebut tidak membiarkannya jatuh, dan mengekalkan harganya pada tahap tertentu.
Trend tidak akan kekal selama-lamanya dan ia akan berakhir. Jadi anda perlu berhati-hati, kerana terdapat kemungkinan bahawa apa yang anda lihat seperti pullback itu adalah satu penyongsangan trend. Semakin kerap saham menarik semula dan meneruskan trendnya, semakin kecil kemungkinan trend itu akan meningkat semula selepas penarikan balik yang seterusnya. Dalam kata lain, pullback awal akan memberikan peluang penyambungan trend yang lebih baik.
Bagaimana cara berdagang dengan pullback
Bagaimana cara berdagang dengan pullback mungkin satu soalan yang agak sukar, kerana anda perlu membuat pilihan:
- tidak berbuat apa-apa dan menunggu untuk trend itu bersambung;
- menutup posisi dan membuka posisi baru apabila trend itu bersambung;
- untuk berdagang melawan trend sehingga pullback itu tamat.
Pedagang jangka masa panjang lebih gemar untuk menunggu pullback. Mereka sentiasa mempunyai data fundamental, yang mengesahkan penyambungan semula trend yang akan berlaku. Pedagang swing mempraktikkan amalan standard untuk menutup perdagangan dan membukanya semula selepas pullback, yang sebenarnya merupakan cara terbaik untuk berdagang pada pullback.
Apabila berhadapan dengan pullback, perkara yang paling penting ialah menentukan saat pembetulan bermula dan berakhir (atau apabila ia berubah menjadi penyongsangan). Bagi menentukan permulaan satu pullback, para pedagang biasanya akan menggunakan indikator momentum.
2022-11-22 • Dikemaskini