Pump and Dump

Pam dan Lambak

Apa itu Pump Dan Lambak ?

Pam Dan Lambak (Pump and Dump) adalah perkara yang biasa terjadi di pasaran saham dan kripto. Skim ini ialah sejenis penipuan yang melibatkan inflasi harga yang dibuat-buat ("pam") menerusi kenyataan yang palsu, mengelirukan atau dibesar-besarkan mengenai suatu projek. Penipu boleh mengaut keuntungan dengan membeli aset sebelum inflasi harga (“pam”) dan menjual sekuriti pada harga tinggi (“lambak”).

Pada masa yang sama, sebahagian besar modal pemilik saham lain mungkin akan lebur kerana pergerakan yang tidak dijangka. Skim pam dan pembuangan itu dianggap sebagai satu aktiviti haram.

Bagaimanakah Skim Pam dan Lambak Berfungsi?

Skim ini selalunya melibatkan pemanipulasian saham microcap atau projek crypto yang mempunyai permodalan pasaran yang kecil. Pemain pasaran dengan modal yang besar (ikan paus) boleh memanipulasi harga projek ini dan mencipta pergerakan yang artifisial kerana saham microcap adalah sekuriti yang sangat tidak cair dengan volum perdagangan yang rendah.

Selain itu, penipu boleh memanipulasi maklumat tentang syarikat kecil dan projek kripto dengan mudah. Kekurangan maklumat awam mewujudkan suasana tambahan yang menyebelahi penipu kerana bakal pelabur tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyemak semua maklumat yang tersedia tentang syarikat.

Penipu boleh menggunakan pelbagai alat dalam skim pam dan lambak, termasuk panggilan telefon, spam emel dan penerbitan berita palsu.

Group 1125.png

Jenis-jenis Skim Pam dan Lambak

Terdapat beberapa jenis skim pam dan lambak yang boleh digunakan oleh penipu. Ia termasuk yang berikut:

Skim pam dan lambak klasik

Skim klasik boleh melibatkan sebarang pemanipulasian maklumat mengenai syarikat dan sahamnya. Ia termasuklah tawaran saham melalui telefon, penerbitan berita palsu dan pengedaran beberapa maklumat "dalaman" yang boleh meningkatkan harga saham.

Kebuk dandang (boiler room)

Kebuk dandang ialah firma pembrokeran kecil yang menggaji beberapa broker yang menggunakan amalan jualan yang tidak jujur untuk menjual pelaburan meragukan kepada para pelabur. Broker-broker ini menjual saham sen yang dibeli atau dijual oleh firma sebagai penggerak pasaran (market maker) dengan menggunakan panggilan telefon. Broker-broker di kebuk dandang cuba menjual saham sebanyak yang mungkin, menaikkan harga. Apabila harga meningkat, firma ini menjual sahamnya untuk mendapatkan keuntungan.

Pump-and-Dump 2.0

Skim yang sama boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang boleh menjejaskan ramai pelabur runcit. Sebagai contoh, hos mana-mana saluran telegram dengan khalayak yang besar boleh meyakinkan pelabur lain untuk membeli saham yang kononnya "sudah bersedia untuk meroket." Dalang skim ini boleh melakukan tindakan itu dengan membeli saham yang didagangkan dengan volum yang rendah dalam jumlah yang besar, yang biasanya akan mengepam harganya naik.

Aksi harga mendorong pelabur lain untuk turut membeli secara besar-besaran, menaikkan lagi harga saham. Apabila pelaku merasakan tekanan belian sudah bersedia untuk jatuh, mereka menjual saham mereka untuk keuntungan yang besar.

Semua orang akan mengingati 2021 untuk pam dan lambak yang dibuat oleh sekumpulan pedagang runcit Reddit. Mereka sedang mencari saham dengan "nilai volum short" terbesar dan menyeru agar ia dibeli. Beribu-ribu pedagang membeli saham yang sama menyebabkan pengepaman harga secara besar-besaran. Lebih-lebih lagi, pada satu ketika, dana dan pedagang yang mempunyai posisi "short" dalam saham ini terpaksa menutupnya, menyebabkan harga naik lebih tinggi lagi. Sebaik sahaja harga kehilangan momentum, pelabur mula menjual saham, menyebabkan lambakan.

Akibatnya, saham AMC telah melonjak 570% dalam masa bulan, kerana aktiviti opsyen dan kepentingan short (short interest) yang meningkat untuk saham ini telah membantu para pedagang runcit menekan para pelabur institusi yang bertaruh pada penurunan keluar daripada pertaruhan berisiko mereka.

Pump-and-Dump 3.0

Pasaran matawang kripto telah menjadi arena terbaharu untuk skim pam dan lambak. Kenaikan besar oleh Bitcoin dan Ethereum telah mencetuskan minat yang besar terhadap pelbagai jenis matawang kripto. Malangnya, matawang kripto amat sesuai untuk skim pam dan lambak kerana kekurangan kawalan selia dan kerumitan teknikal matawang kripto.

Satu kajian yang dijalankan pada 2018 mengkaji prevalens skim pam dan lambak dalam pasaran matawang kripto. Penyelidik telah mengesan lebih daripada 3 400 skim seperti ini dalam tempoh enam bulan sahaja, dengan memerhatikan dua platform "group messaging" yang popular di kalangan pelabur matawang kripto.

Situasinya juga sama dengan pasaran saham. Para pelabur bekerjasama dalam kumpulan dan mengepam harga koin dengan permodalan yang kecil, menyebabkan short squeeze, yang mendorong harga naik lebih tinggi. Pada satu ketika, pemanipulasi menjual koin dan membuangnya kembali ke paras terendah dalam sejarah. 

Menghindari Skim Pam dan Lambak

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mempunyai beberapa tips untuk membantu mengelak daripada menjadi mangsa skim pam dan lambak. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat:

Perhatikan Beberapa Petanda Amaran yang Jelas

Adakah pelaburan yang diperkatakan terlalu bagus untuk dipercayai benar? Adakah ia menjanjikan pulangan "terjamin" yang besar? Adakah anda tertekan untuk membeli sekarang, sebelum saham ini meroket? Ini semua adalah taktik biasa yang digunakan oleh penganjur dan harus dilihat sebagai petanda amaran (red flag) oleh pelabur.

Jalankan Penyelidikan dan Usaha Wajar Anda Sendiri

Sebelum melabur wang titik peluh anda, jalankan penyelidikan dan usaha wajar (due diligence) anda. Mudah untuk menemukan banyak maklumat tentang syarikat yang sah di internet — daripada prospek dan pengurusan perniagaan mereka kepada penyata kewangan mereka. Kekurangan maklumat sedemikian selalunya boleh dianggap satu petanda amaran.

Undur

2022-11-22 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera