-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Short call
Opsyen short call (opsyen beli dedah/opysen beli tak terlindung)
Apakah itu short call?
Jika anda menjangkakan harga saham akan turun, anda boleh menjual opsyen short call. Opsyen-opsyen ini ialah strategi yang menjadi pilihan utama penjual yang ingin mengaut keuntungan daripada prospek penurunan harga. Ia juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada strategi penjualan short yang juga bergantung pada penurunan harga saham.
Secara umumnya, opsyen call membolehkan pemegangnya membeli saham pada harga tertentu (harga laksana, strike price) dan di dalam satu tempoh masa yang terhad. Jadi walaupun pemegang tersebut tidak membeli saham berkenaan pada harga laksana sebelum opsyen short call luput, penjual masih memiliki premium yang dibayar untuk opsyen tersebut. Tambahan lagi, apabila anda short opsyen call tersebut, anda akan mendapat keuntungan anda pada waktu itu juga. Anda juga boleh menjual opsyen call bagi saham yang tidak anda miliki pada masa itu. Ini juga dikenali sebagai opsyen beli dedah (called naked) atau opysen beli tak terlindung (uncovered calls).
Sudah tentu, strategi ini agak berisiko kerana harga saham sebaliknya boleh bergerak naik. Dalam kes ini, anda akan diwajibkan untuk menjual saham anda pada harga yang rendah dan boleh kehilangan banyak keuntungan. Jadi adalah lebih baik untuk menggunakan short call apabila anda pasti harga akan jatuh.
Contoh Short Call
Katakan anda mempunyai saham yang sedang didagangkan pada harga $50, tetapi anda benar-benar merasakan bahawa harga akan jatuh dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Ini bermakna anda kini mempunyai peluang yang baik untuk menjual opsyen short call. Jadi anda memutuskan untuk short suatu opsyen call dengan harga laksana $55 untuk menerima $5.
Jika harga saham kekal di bawah $55, opsyen call tersebut pasti akan tamat tempoh dan anda akan mendapat kedua-dua keuntungan anda sebanyak $5 dan saham anda.
Tetapi jika harga sebenarnya meningkat melebihi $55, pemegang opsyen secara semula jadi akan menggunakannya untuk membeli saham pada harga laksana, meninggalkan anda dengan hanya $5 di tangan tanpa saham anda!
2022-06-27 • Dikemaskini