-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Short put
Short put (naked put/put tidak terlindung)
Apakah itu short put?
Short put, atau short-term out, adalah opsyen yang mewajibkan penjual untuk membeli saham daripada pemegang opsyen pada harga laksana (strike price) dalam jangka masa yang terhad.
Opsyen short put boleh digunakan apabila anda merasakan harga saham akan membuat kenaikan. Dengan short put, anda menerima premium opsyen, iaitu semua keuntungan yang anda boleh jangkakan daripada opsyen put ini. Anda juga boleh menjual short put jika anda tidak mempunyai wang untuk membeli saham asas pada akaun anda. Put seperti ini dipanggil naked, atau tidak terlindung.
Strategi perdagangan ini agak berisiko kerana harga saham boleh menurun. Dalam kes ini anda akan diwajibkan untuk membeli saham pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Jadi anda perlu berfikir sebelum bertindak membuat short put.
Contoh short put
Katakan saham yang anda gemari sedang didagangkan pada $40. Anda akan lebih bersedia untuk membelinya pada harga yang lebih rendah, jadi anda menjual short put dengan harga strike $35 untuk $3.
Jika harga saham kekal di atas $35, pembeli tidak akan membuat put option dan anda masih mempunyai osyen premium anda iaitu $3.
Tetapi sekiranya harga saham jatuh di bawah $35 dan pembeli memutuskan untuk menjualnya, anda akan diwajibakan untuk membeli saham tersebut pada harga strike yang lebih tinggi.
Short vs put
Short selling bermaksud anda menjual saham yang anda tidak miliki. Untuk melakukannya, anda meminjam saham daripada broker, menjualnya, dan membelinya pada harga yang lebih rendah. Menjual put bermakna menjual kewajipan anda untuk membeli saham yang anda tidak miliki pada harga yang ditetapkan daripada seseorang yang telah membeli opsyen tersebut. Walaupun kedua-dua strategi melibatkan penjualan, ia sebenarnya agak berbeza. Short selling melibatkan penjualan dan kemudian membeli saham sambil short put boleh mengakibatkan pembelian saham jika pembeli opsyen put itu memutuskan untuk melaksanakannya.
Diantara short selling dan short put, short selling adalah lebih menguntungkan. Dengan short put keuntungan anda terhad kepada premium yang anda terima untuk pilihan anda manakala dengan short selling, potensi keuntungan anda adalah tidak terhad. Kedua-duanya adalah lebih menguntungkan berbanding pembelian saham biasa. Walau bagaimanapun, strategi ini agak berisiko kerana harga boleh bergerak ke arah yang tidak menguntungkan penjual (naik untuk short selling dan turun untuk short put) dan ia akan mengakibatkan kerugian besar.
2022-07-21 • Dikemaskini