-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Short Strangle Option
Opsyen Jerutan Short
Jerutan Short (Short Strangle) adalah satu strategi opsyen dengan potensi keuntungan yang terhad dan risiko yang tidak terhad bersyarat, berlandaskan kemeruapan penjualan. Penggunaan strategi yang sebegitu munasabah apabila pedagang meramalkan bahawa harga tidak akan berubah dengan banyak sebelum ia luput. Dalam kes ini, penjual opsyen menerima premiumnya, tetapi tidak memenuhi sebarang kewajipan dan tidak menanggung sebarang kerugian yang berkaitan dengannya.
Kelebihannya ialah penjual opsen di dalam strategi jerutan short menerima premium opsyen berganda untuk dua opsyen yang arahnya berbeza, secara sekali gus. Serta kemungkinan untuk mendapat keuntungan jika tiada sebarang pergerakan harga dan kemeruapan yang ketara.
Penerangan strategi
Strategi jerutan short ialah menjual opsyen beli (call option) dan opsyen jual (put option) dengan tarikh tamat tempoh yang sama tetapi harga laksana (strike price) yang berbeza. Berikut caranya ia berfungsi: anda menjual opsyen jual dengan harga laksana tertentu dan kemudian menjual bilangan opsyen beli yang serupa dengan harga laksana yang berbeza. Harga laksana opsyen beli mestilah lebih besar daripada harga laksana opsyen jual. Semua opsyen mempunyai tarikh tamat tempoh yang sama.
Mari kita lihat satu contoh untuk jerutan short. Katakan opsyen beli mempunyai premium $25 dan harga laksananya $100. Opsyen jual mempunyai premium $15 dan harga laksana $90. Jumlah premium ialah $40 ($25 + $15). Oleh itu, titik pulang modal yang pertama ialah pada $140 ($100 + $40), dan yang kedua ialah $50 ($90 - $40), masing-masing. Jika aset kekal berada di dalam julat harga $50 hingga $140, kita akan mendapat keuntungan sebanyak $4000 ($40 * $100). Dan kita akan kerugian wang jika harga bergerak keluar daripada julat harga ini.
2022-11-22 • Dikemaskini