Stellar XLM

Stellar XLM

Mengurup aset-aset yang berbeza adakalanya sukar dilakukan dengan lancar. Masa yang diperlukan untuk menukar Bitcoin kepada emas atau naira Nigeria kepada Ethereum terlalu panjang (melainkan jika anda berdagang dengan FBS). Stellar cuba menyelesaikan permasalahan ini.

Apa itu Stellar?

Stellar ( XLMUSD) ialah rangkaian sumber terbuka yang direka untuk mensepadukan sistem kewangan dunia ke dalam satu rangkaian. Sama seperti semua matawang kripto terdesentralisasi, Stellar tidak mempunyai pemilik tunggal. Sebaliknya, ia dimiliki oleh orang ramai. Berbanding dengan sistem yang berasaskan blockchain yang tipikal, pemaju Stellar menjadikan rangkaian itu pantas, murah dan cekap tenaga.

Adakah Stellar mempunyai blockchainnya sendiri?

Stellar dibina berasaskan teknologi blockchain yang terdesentralisasi. Rangkaian ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Pemilik XLM mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu token untuk kekal aktif di web. Stellar mempunyai matawang sendiri yang dipanggil lumen untuk memindahkan nilai merentasi rangkaian.

Apakah itu lumen Stellar?

Lumen ialah matawang dalaman rangkaian Stellar. Orang ramai menggunakannya untuk membayar yuran transaksi dan untuk mengaktifkan akaun mereka. Baki minimum bagi setiap akaun hendaklah satu lumen, dan yuran setiap transaksi minimum ialah 0.00001 lumen. Stellar melaksanakan mekanisme ini untuk menyingkirkan isu pengukuran (measuring). Pemaju Stellar mahu mencipta sebuah sistem yang universal untuk wang digital. Oleh itu, rangkaian itu tidak memberikan keutamaan kepada mana-mana matawang tertentu kecuali terhadap lumen sahaja. Kini, terdapat 4.3 juta akaun Stellar, dan setiap daripadanya menggunakan lumen untuk memenuhi keperluan baki dan membayar yuran transaksi.

Adakah Stellar lebih baik daripada XRP?

Ripple (XRPUSD) ialah satu lagi kripto yang dicipta untuk pemindahan wang antara pengguna. Perbezaan di antara mereka ialah Ripple berfungsi terutamanya untuk bank dan institusi kewangan. Sebaliknya, Stellar menyasarkan orang awam. Juga, terdapat khabar angin tentang apa yang dipanggil ISO20022, iaitu standard generasi seterusnya untuk pertukaran data antara institusi kewangan. Kedua-dua Ripple dan Stellar ada di situ jadi mereka bukanlah pesaing antara satu sama lain. Hubungan antara keduanya lebih seperti dua sisi yang bertentangan pada sekeping syiling yang sama, menawarkan pemindahan nilai di seluruh dunia.

Apakah perbezaan antara Stellar dan Ethereum?

Ethereum menawarkan pelbagai jenis kes penggunaan dengan kontrak pintar. Sebaliknya, Stellar adalah sistem pembayaran dan bukan komputer Internet.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Stellar di laman web rasmi https://www.stellar.org/.

Undur

2022-11-22 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bolehkah seorang pemula menjana keuntungan apabila berdagang kripto?

    Terdapat risiko untuk berdagang kripto, tetapi ia juga berpotensi untuk memberikan keuntungan yang tinggi. Anda cuma perlukan menggunakan pendekatan yang tepat. Sebagai contoh, analisis matawang kripto akan banyak membantu anda. Anda boleh ikuti berita-berita kripto dan sentiasa mengikuti perkembangan peluang terbaru yang ada di pasaran. Dan juga, anda boleh mendapatkan strategi bagi perdagangan kripto di sini.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera