-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara memasang Renti Rugi (Stop Loss)?
Selepas mengklik “New order” di platform perdagangan anda, anda akan diperlihatkan beberapa tetapan yang tersedia. Salah satunya adalah Renti Rugi (Stop Loss, SL). Tetapan pesanan Renti Rugi dilaras bergantung pada strategi perdagangan anda. SL tidak boleh sama dengan harga permulaan anda (harga pembukaan posisi). Lazimnya, ia lebih rendah atau lebih tinggi sedikit daripada itu (bergantung sama ada ia posisi beli atau jual), tetapi jumlah poin yang tepat bergantung pada strategi yang anda gunakan.
-
Bagaimana cara memasang Ambilan Untung (Take Profit)?
Selepas mengklik “New order” di platform perdagangan anda, anda akan diperlihatkan beberapa tetapan yang tersedia. Ambilan Untung (Take Profit, TP) salah satu daripadanya. TP haruslah lebih tinggi daripada harga permulaan (harga pembukaan posisi). Tetapan Ambil Untung bergantung pada strategi dagangan anda. Nisbah Renti Rugi dan Ambilan Untung yang paling biasa ialah 1:3.
-
Bagaimana cara untuk mengelakkan "Stop Loss hunting"?
"Stop Loss hunting" (pemburuan Renti Rugi) ialah strategi yang cuba menyingkirkan beberapa peserta pasaran keluar dari posisi mereka dengan menolak harga aset ke suatu aras harga di mana terdapat ramai orang memutuskan untuk memasang Renti Rugi mereka di situ. Pemicuan beberapa Renti Rugi secara serentak biasanya mewujudkan kemeruapan yang tinggi dan boleh memberikan peluang yang unik untuk para pelabur yang ingin berdagang dalam keadaan sedemikian.
Untuk mengelakkannya, jangan tentukan aras Renti Rugi secara rawak. Penetapan aras SL secara melulu boleh menyebabkan kerugian. Kaji semuanya terlebih dahulu.
Stop-Loss Order
Pesanan Renti Rugi
Apakah itu Pesanan Renti Rugi?
Pesanan renti rugi (stop loss) adalah alat yang membolehkan pedagang mengehadkan potensi kerugian dalam perdagangan mereka. Ia elemen yang penting dalam perdagangan. Sebaik sahaja harga aset menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi, pesanan renti rugi terpicu dan secara automatik anda terkeluar daripada urusniaga perdagangan tersebut.
Pesanan renti rugi juga boleh digunakan sebagai cara untuk menutup posisi apabila pedagang sudah mencapai sasaran keuntungan mereka untuk suatu urusniaga perdagangan.
Bagaimana pesanan renti rugi berfungsi
Pesanan renti rugi boleh ditetapkan di bawah (untuk posisi bullish) atau di atas (untuk posisi bearish) harga pasaran semasa. Apabila anda membuat pesanan ini, anda menetapkan had yang dipanggil harga stop pada aset di dalam pegangan anda. Apabila harga aset mencapai harga stop ini, pesanan renti rugi akan dicetuskan dan memberikan arahan untuk menjual atau membeli aset. Ini adalah harga pada mana pesanan renti rugi bertukar menjadi pesanan pasaran dan dilaksanakan apabila peluang seterusnya timbul.
Bagaimana pesanan renti rugi mengehadkan kerugian?
Anda harus maklum bahawa pesanan renti rugi tidak menghapuskan risiko kerugian dengan sepenuhnya. Sebaliknya, ia mengurangkan dan mengehadkannya. Tanpanya, anda mungkin terlepas masa yang tepat untuk menutup posisi anda. Dan jika harga aset terus bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan anda, anda mungkin kerugian sedikit wang.
Jadi pesanan renti rugi membantu anda mengelakkannya. Ia menutup posisi anda secara automatik apabila harga turun ke paras harga stop. Dengan alat ini, anda tidak perlu bimbang tentang risiko menanggung kerugian yang tidak terkawal.
Pesanan renti rugi vs pesanan stop-limit
Satu lagi alat yang tersedia untuk pedagang untuk mengehadkan potensi kerugian adalah pesanan stop-limit. Kedua-dua pesanan stop ini berfungsi dengan cara yang sama: dalam kedua-dua kes, pedagang boleh menetapkan harga stop yang memicu pesanan. Di MetaTrader, kedua-dua pesanan boleh dibuat dengan mengklik “NewOrder” dan memilih “Pending Order” di dalam kotak yang dipanggil “Type”. Selepas ini anda boleh memilih jenis pesanan yang anda ingin letakkan (“ Limit” atau “Stop”) dan laraskan parameternya.
Tetapi tidak seperti pesanan renti rugi yang bertukar menjadi pesanan pasaran apabila harga aset melepasi paras harga henti, pesanan stop limit berfungsi dengan cara yang berbeza. Sebaik sahaja harga aset mencecah harga henti, pesanan stop limit anda bertukar menjadi pesanan limit. Pesanan limit memberikan arahan untuk membeli aset pada atau di bawah harga yang ditetapkan atau menjualnya pada atau di atas harga yang ditetapkan ini. Pesanan ini dapat membantu pedagang mengelak daripada menjual aset mereka apabila terdapat peluang untuk harga melambung semula.
Tetapi ia juga agak berisiko. Pesanan stop limit tidak menutup posisi secara automatik melainkan harga jatuh ke dalam julat yang sudah ditentukan. Ini bermakna ia tidak akan keluar daripada perdagangan walaupun harga terus bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan anda. Tidak seperti pesanan renti rugi yang berfungsi sebagai penyerap impak yang meredam risiko tersebut, pesanan stop limit mungkin sebenarnya tidak berguna dan tidak menyelamatkan anda daripada kerugian.
Pro dan kontra pesanan renti rugi
Terdapat beberapa manfaat menggunakan pesanan renti rugi. Pertama, anda tidak perlu memantau perdagangan anda pada setiap saat; sistem menutup perdagangan secara automatik apabila harga mencapai aras harga stop. Kedua, pelaksanaannya biasanya tidak melibatkan sebarang kos. Dan akhir sekali, Renti Rugi juga membantu memagar proses membuat keputusan daripada pengaruh emosi. Pedagang mungkin memiliki kepercayaan palsu bahawa jika mereka memberi lagi peluang kepada pasangan saham/matawang, ia akan kembali, tetapi hakikatnya, penangguhan ini hanya boleh menyebabkan kerugian yang semakin bertambah. Di samping itu, Renti Rugi memberikan perasaan selamat bahawa pedagang tidak akan rugi terlalu banyak.
Kekurangannya ialah turun naik harga jangka pendek boleh mencetuskan pengaktifan pesanan renti rugi terlalu awal. Ia satu situasi yang biasa bila mana harga turun naik hanya untuk seminit dan selepas itu naik semula. Walau bagaimanapun, semasa harga sedang turun dan naik, harga boleh mencetus pengaktifan Renti Rugi jika ia terlalu kecil, iaitu terlalu dekat dengan aras kemasukan. Jika perdagangan ditutup secara automatik, pedagang kehilangan potensi untuk mengaut keuntungan. itulah sebabnya mengapa mencari atau menentukan tempat yang bagus untuk Renti Rugi antara kemahiran yang paling utama untuk seseorang pedagang. Ia seharusnya tidak terlalu ekstrem, kerana ia tidak masuk akal, dan ia seharusnya tidak terlalu kecil, kerana perdagangan boleh ditutup pada saat yang salah selepas turun naik yang kecil.
Adakah pelabur jangka panjang juga memerlukan pesanan renti rugi?
Secara umumnya, pesanan renti rugi melindungi pedagang jangka pendek dan sederhana daripada turun naik pasaran. Jadi Renti Rugi tidak seberapa berguna untuk pelabur jangka panjang kerana mereka boleh menunggu sehingga harga aset kembali menjadi seperti yang mereka idamkan.
Contoh pesanan renti rugi
Mari bayangkan ada seorang pedagang bernama Festus. Beliau mahu menjual XBRUSD apabila harganya di paras sekitar $117 sebelum hujung minggu (seperti yang kita tahu, tiada perdagangan pada hujung minggu) dengan sasaran terletak di $112. Beliau tidak pasti sama ada harga akan naik atau turun, dan sudah tentu, Festus mahukan keuntungan. Dia mahu memastikan bahawa dia tidak terlepas turun naik harga apabila perdagangan bermula dan tidak rugi terlalu banyak sebelum dia memeriksa MetaTrader beliau. Oleh itu, beliau meletakkan pesanan Renti Rugi $118 untuk mengehadkan kerugian. Jika perdagangan berjaya, Festus akan mendapat keuntungan yang baik; dalam kes yang buruk, contohnya, jika XBR meningkat kepada $128, dia akan rugikan hanya jumlah yang dihadkan oleh Hentikan Kerugian dan tidak lebih dari itu. Sebagai contoh, jika volum posisi beliau ialah 0.01, kerugian akan terhad sehingga $10 sahaja. Kerugian yang dapat dielakkan adalah $100. Potensi keuntungan dalam senario positif adalah $50.
2022-08-29 • Dikemaskini