Straddle options

Opsyen stradel

Pedagang yang bijak biasanya cuba mengurangkan risiko sambil mengekalkan potensi pulangan yang sama (atau lebih signifikan) pada portfolio mereka. Salah satu cara untuk menurunkan risiko ialah kontrak niaga hadapan, dan satu lagi ialah opsyen. Dalam artikel ini, kami akan menentukan bagaimana strategi opsyen stradel (stradel options) berfungsi dan apa manfaat menggunakannya.

Apakah itu strategi opsyen stradel

Terdapat dua jenis opsyen iaitu call dan put. Pedagang membeli opsyen call apabila mereka menjangkakan harga aset pendasar akan meningkat. Sebaliknya, jika mereka menjangkakan harga akan turun, mereka membeli opsyen put. Selain itu, opsyen mempunyai tarikh luput, satu tempoh untuk menutup opsyen tersebut. Harga laksana (strike price) ialah harga yang dijangkakan dari aset pendasar. Apabila kita membeli opsyen, kita membayar premium kepada penjual. Anggap ini sebagai komisen untuk urusniaga tersebut.

Untuk membuat opsyen stradel, kita perlu membeli opsyen put dan call dengan tarikh luput dan harga laksana yang sama. Opsyen stradel akan berfungsi sebagai pertaruhan pada peningkatan kemeruapan kerana ia hampir sama seperti situasi apabila anda membuka urusniaga beli dan jual untuk suatu aset. Perbezaannya terletak pada sifat opsyen yang memberikan pulangan yang lebih besar apabila saham bergerak menjauhi harga laksana.

Apakah contoh stradel

Bayangkan, anda menjangkakan satu pergerakan yang besar pada saham Tesla tetapi tidak mengetahui arahnya. Kemudian anda boleh membeli opsyen call dan put dengan tarikh luput dan harga laksana yang sama. Kini, anda mempunyai satu urusniaga memerlukan anda membayar premium. Anda akan mencatat keuntungan jika harga bergerak cukup jauh dari harga laksana. Sebaliknya, kerugian anda dihadkan oleh premium tersebut.

Sila maklum bahawa ospyen salah satu aset yang paling berisiko, dan kerugian boleh menjadi tidak terhad jika pedagang tersilap bila membuat pesanan.

Undur

2022-09-02 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera