Ufuk masa, atau ufuk pelaburan, tempoh total suatu sekuriti itu dijangka akan dipegang oleh pelabur. Penentuan ufuk masa bagi suatu pelaburan biasanya berkaitan dengan matlamat dan sasaran pelabur. Ufuk masa berbeza-beza dari jangka pendek sehinggalah kepada jangka-panjang. Sesetengah pedagang menetapkan ufuk pelaburan yang lebih panjang kerana mereka mempunyai masa untuk mengekalkan porfolio terlabur dan merealisasikan keuntungan atau mengimbangi kerugian. Biasanya dengan ufuk jangka panjang, para pelabur rasa lebih selesa mengambil keputusan pelaburan yang lebih berisiko dan mengambil keuntungan pada kemeruwapan pasaran. Manakala bagi ufuk jangka pendek, seperti dalam kes pedagang harian, para pelabur perlu berhati-hati untuk mengelakkan pelaburan lebih berisiko, terutamanya bila hampir dengan waktu matang, supaya mereka tidak mengalami kerugian signifikan.
Adalah penting untuk menentukan horizon masa anda sebelum menentukan aset jenis yang bagaimana anda harus ada dalam portfolio anda. Jika anda tidak memerlukan wang untuk jangka masa panjang, contohnya sedekad, anda mampu mempunyai campuran pelaburan yang lebih berisiko berbanding dengan orang yang memerlukan wangnya pada minggu atau bulan hadapan.
Majoriti penasihat akan mencadangkan pelabur biasa berumur 20 tahun agar agihan aset sesebuah portfolio lebih diberatkan kepada ekutii berbanding kalau seseorang itu lebih hampir dengan usia persaraan. Namun bukan hanya usia pelabur yang menentukan jenis horizon masa. Contohnya, seorang pelabur separuh usia sanggup untuk menyimpan untuk wang pendahuluan sebuah rumah dalam setahun akan melabur bagi horizon masa setahun, walaupun usia persaraannya masih jauh lagi. Jika anda mahukan pulangan yang lebih tinggi, anda perlu mengambil lebih banyak risiko dan korbankan sedikit kecairan. Jika anda mahu mengurangkan risiko anda perlu menerima pulangan yang lebih rendah. Jika anda mahu kecairan lebih tinggi anda perlu menerima pulangan lebih rendah dan gunakan risiko lebih rendah untuk memastikan anda mengekalkan nilai aset.
Secara teori, ufuk masa terlihat seperti suatu konsep yang ringkas. Bagaimana pun, ia agak rumit, kerana ufuk pelaburan boleh turun naik berdasarkan pembolehubah atau faedah kewangan yang berevolusi, walaupun untuk seorang individu.
Pengurus portfolio membezakan antara ufuk masa jangka pendek, sederhana dan panjang. Pelaburan jangka pendek dianggap mempunyai ufuk masa sehingga tiga tahun. Para pelabur cenderung memilik toleransi risiko yang lebih rendah dan harus melabur dalam sekuriti yang terjamin. seperti sijil simpanan atau akaun simpanan berkadar faedah tinggi. Pelaburan jangka sederhana adalah pelaburan dengan tempoh dari 3 hingga 10 tahun. Para pelabur cenderung untuk memilih campuran konservatif mengandungi bond (70%) dan saham (30%). Sementara pelaburan jangka panjang pula lebih sering direka untuk tempoh pegangan 10 tahun atau lebih. Dengan ufuk masa jenis sebegini, para pelabur biasanya memasukkan peratusan lebih tinggi untuk pelaburan berisiko. Adalah penting untuk mempertimbangkan bahawa ekuiti boleh melalui satu tempoh berpanjangan di mana pertumbuhannya sangat sedikit. Pakar mengatakan bahawa adalah dinasihatkan untuk menggunakan kombinasi saham (75%) dan bond (25%).
Secara amnya, lebih panjang suatu horizon waktu, lebih munsabah untuk memperuntukkan lebih besar untuk ekuiti. Ini tidak bermakna ufuk masa adalah satu-satunya faktor penentu, tetapi ia adalah faktor kunci. Ia harus dipertimbangkan bersama dan seiring dengan jangkaan pulangan, keperluan aliran tunai dan faktor-faktor lain. Bagaimana pun, pelabur ufuk jangka panjang mempunyai lebih banyak masa untuk berkembang mengatasi kemeruwapan ekuiti jangka pendek.
Dana amanah sasaran masa adalah jenis mekanisme pelaburan yang serupa dengan dana kitaran hidup yang diurus berdasarkan kepada tarikh yang telah ditetapkan lebih dahulu yang berfungsi sebagai asas untuk ufuk masa yang menentukan agihan aset. Pelaburan seperti ini biasanya bermula dengan peratusan pelaburan berisiko tinggi seperti saham sebagai sebahagian dari dana, dan sedikit demi sedikit, bila ufuk masa semakin pendek, digantikan dengan medium pelaburan yang konservatif dan lebih selamat yang mampu menghasilkan pendapatan berterusan yang lebih stabil seperti bond, bila pelabur menghampiri usia persaraan. Dana amanah sasaran masa mempunyai tarikh matang sasaran masa seperti sijil simpanan (CD), di mana pelabur dijangka akan menjual dana tersebut, dan dana ini diniatkan bebas dari keperluan menyelenggara. Dana amanah seperti ini menarik bagi pelabur yang tidak mahu menggunakan masa mereka untuk menilai semula campuran portfolio mereka dan mengubahnya tahun demi tahun bila mereka mendekati usia persaraan.