-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.
Trader
Siapakah pedagang
Pedagang ialah seorang yang membeli dan menjual aset-aset kewangan di dalam mana-mana pasaran kewangan dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan daripada operasi perdagangan. Seorang pedagang berbeza dengan seorang pelabur oleh disebabkan faktor masa kerana seorang pedagang hanya memegang aset untuk satu tempoh yang lebih pendek dan mereka lebih cenderung untuk mendapatkan untung dalam trend jangka pendek.
MENCERAKINKAN Pedagang
Para pedagang adalah terdiri daripada profesional yang bekerja dalam institusi kewangan atau syarikat untuk individu bergaji atau bekerja sendiri. Mereka membeli dan menjual instrumen kewangan yang didagangkan di dalam pasaran saham, derivatif dan komoditi, termasuklah bursa saham, derivatif dan komoditi.
Ramai pelabur yang baru berjinak-jinak beralih ke pasaran forex dengan harapan untuk cepat kaya. Malangnya, sebahagian besar dari individu ini tidak mempunyai strategi perdagangan yang jelas dan, hasilnya, gagal untuk menghasilkan keuntungan signifikan dan malah mengalami kerugian. Peningkatan bilangan broker diskaun yang kompetetif menjadikan kos bukan lagi satu isu utama bagi pedagang individu, dan platform perdagangan elektronik telah mengecilkan spread di pasaran tukaran matawang asing. Satu lagi halangan yang boleh merintangi perjalanan seorang pedagang menuju kejayaan adalah polisi percukaian yang berat ke atas laba modal jangka pendek di Amerika Syarikat.
Apa yang anda perlu tahu tentang pedagang
Seperti yang kami telah jelaskan sebelum ini, para pedagang membeli aset untuk untuk satu tempoh yang singkat dan kemudian akan menjualnya semula dengan pantas. Samada mereka bekerja untuk institusi kewangan yang besar ataupun menerima gaji tetap atau mereka mempunyai perniagaan perdagangan sendiri dan memperolehi semua keuntungan, semua pedagang mempunyai cara mereka tersendiri dan mengaplikasikan strategi perdagangan yang berbeza, termasuklah:
- scalping – melakukan urusniaga kecil yang banyak dalam jangka masa yang singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada setiap urusniaga tersebut;
- perdagangan momentum – membeli aset apabila ia meningkat naik dan menjual aset apabila harganya dijangka mencapai paras tertingginya;
- perdagangan teknikal – menganalisa carta pergerakan harga dan menggunakan indikator teknikal yang berbeza untuk mendapatkan waktu terbaik untuk berdagang;
- perdagangan fundamental – mengikuti dan mengambil kira peristiwa ekonomi penting yang akan memberikan kesan kepada harga sesuatu aset; menjangkakan kekuatan ekonomi sesuatu aset;
- perdagangan swing – mengekalkan posisi lebih daripada satu hari untuk mendapatkan keuntungan daripada jangkaan perubahan harga.
Sperti yang anda lihat, terdapat pelbagai kaedah untuk menguruskan pengalaman perdagangan anda. Pedagang boleh bekerja dengan sendirinya atau dengan bantuan daripada broker. Anda tidak perlu menjadi seorang profesional dengan pendidikan kewangan untuk memulakan perdagangan.
Institusi vs. Akaun Sendiri
Pedagang institusi adalah pemain terbesar di dalam pasaran forex. Institusi kewangan yang besar cenderung untuk menyediakan persekitaran perdagangan untuk pedagang membeli dan menjual pelbagai produk bagi pihak syarikat. Setiap pedagang akan diberikan had kontrak posisi yang boleh mereka ambil, kematangan maksimum posisi dan berapa banyak jangkaan kerugian pasaran yang boleh mereka miliki sebelum posisi tersebut mesti ditutup. Dalam kes ini syarikat mempunyai risiko asas dan menyimpan sebahagian besar keuntungan, manakala pedagang menerima gaji dan bonus.
Kebanyakan pedagang persendirian mempunyai akaun mereka sendiri dan berdagang daripada rumah, membayar broker diskaun dan menggunakan platform perdagangan elektronik. Had mereka adalah bergantung kepada wang tunai dan kredit mereka sendiri dan mereka akan menyimpan keseluruhan keuntungan.
Broker Diskaun
Broker saham yang melaksanakan urusniaga pada harga yang lebih rendah daripada pembrokeran perkhidmatan penuh, tetapi tidak menyediakan khidmat nasihat pelaburan dipanggil broker diskaun.
Sebelum ini, apabila Internet tidak tersedia untuk semua orang, hanya pedagang kaya yang mampu untuk membayar khidmat broker dan juga melibatkan diri dalam perdagangan di pasaran saham. Namun, bekerja dengan broker diskaun akan memberikan anda akses kepada pelaburan dengan kos yang lebih rendah. Ini akan mendorong kepada keputusan yang lebih baik dan juga keuntungan yang lebih besar. Pasa masa yang sama, broker diskaun tidak menawarkan perkhidmatan yang sama dengan pembrokeran perkhidmatan penuh.
Kebanyakan broker diskaun menawarkan akaun margin, yang mana membolehkan para pelanggan mereka untuk menggunakan leveraj untuk membeli sekuriti. Ini bermakna penama akaun boleh mengambil pinjaman daripada broker untuk membuat pelaburan.
Platform Perdagangan Matawang Asing Elektronik
Platform perdagangan elektronik adalah perisian program komputer yang digunakan untuk menemukan pembeli dan penjual matawang di pasaran spot dan melaksanakan transaksi di dalam pasaran kewangan. Platform forex membolehkan para pedagang untuk mendaftar di dalam dunia perdagangan dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan. Perisian jenis ini membolehkan individu membuat pesanan untuk pelbagai cara pelaburan melalui perantara kewangan seperti bank, broker atau bursa.
Cukai Laba Modal Jangka Pendek
Seperti jenis-jenis pendapatan yang lain, keuntungan perdagangan akan dikenakan cukai. Keuntungan laba modal jangka pendek mempunyai kelemahan besar kerana ia dikenakan cukai pada kadar cukai pendapatan biasa. Sebaliknya, keuntungan laba modal jangka panjang pada kebanyakan barang dikenakan cukai samada 0%, 15% atau 20%, tetapi instrumen asas tersebut perlu dipegang selama sekurang-kurangnya satu tahun.
2023-05-08 • Dikemaskini