-
Apakah itu minyak mentah?
Minyak mentah adalah komoditi utama sektor tenaga. Ia lebih dari sekadar sumber yang memberikan kita petrol, diesel, dan komponen-komponen kimia lain – ia adalah aset geopolitik. Inilah sebabnya mengapa harga turun naik dengan banyak justeru dari sebilangan faktor, dan ini boleh memberikan banyak peluang pelaburan dan perdagangan. Anda boleh dagangkan dua jenis minyak mentah di FBS: WTI dan Brent.
-
Bagaimana cara dagangkan minyak mentah?
Secara teknikalnya, anda dagangkan minyak dengan cara yang sama seperti aset-aset lain. Seara asasnya, anda perlu memahami pendorong pasaran minyak. Pertama, ia adalah permintaan global terhadap minyak. Mesyuarat OPEC memberikan anda gambaran tentang perkara ini jadi anda hanya perlu mengikuti pengumuman kartel tersebut. Kedua, permainan geopolitik – sukar untuk anda terlepas dari mengikuti perkembangan ini kerana peristiwa politik seperti perselisihan di antara Rusia dan Arab Saudi atau minyak syal AS dilaporkan secara meluas di media. Manakala untuk sentimen pasaran, analisis teknikal juga boleh digunakan di sini.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
West Texas Intermediate
WTI (West Texas Intermediate)
Apakah itu West Texas Intermediate (WTI)?
Minyak mentah WTI ialah suatu gred minyak mentah dan salah satu daripada tiga penanda aras utama harga minyak, bersama-sama dengan Brent dan Dubai Crude. Ia salah satu minyak yang paling berkualiti tinggi, yang dihasilkan terutamanya di Texas, AS. Selepas pengekstrakan, WTI dihantar ke Teluk Mexico dan melalui proses penapisan.
Apakah Maksud WTI?
WTI bermaksud West Texas Intermediate. Nama itu berasal dari sumber pengekstrakan kerana Texas adalah negeri yang terletak di bahagian tengah AS, tetapi medan minyak berada di bahagian baratnya. Dunia memberikan WTI julukan "minyak manis ringan" kerana strukturnya.
"Keringanan" merujuk kepada ketumpatan minyak tersebut yang rendah. Selain itu, WTI juga mengandungi jumlah sulfur yang sedikit, menjadikannya lebih mudah untuk ditapis. Sulfur merendahkan hasil pelbagai produk penapisan petroleum seperti petrol, bahan api diesel, dan juga plastik. Oleh itu, harga minyak ini biasanya lebih tinggi, menjadikannya lebih menguntungkan.
Pembangunan Pasaran WTI Fizikal
Sebelum 1981, AS mengawal pasaran spot untuk WTI. Selepas kawalan harga dimansuhkan, WTI mula mendapat tempat di beberapa pusat perdagangan di pelbagai negeri di AS. Kemudian pada dekad 1990-an, harga minyak runtuh, dan pengeluaran menyusut di Cushing (salah satu pengeluar WTI). Kejatuhan itu berlaku pada masa yang sama dengan kebangkitan pasaran spot dan niaga hadapan WTI. Niaga hadapan banyak membantu dalam mengurangkan kemeruapan harga minyak kerana ia berfungsi sebagai alat lindung nilai (hedging). Kini, WTI salah satu minyak yang terbaik di pasaran, kerana kualiti dan kadar keuntungannya.
Kerelevanan Perdagangan WTI Pada Masa Tertentu
WTI salah satu indikator utama harga minyak, bersama-sama dengan Brent dan Dubai Crude. Pedagang dan pelabur di seluruh dunia memerhatikan harga WTI dengan teliti untuk menganalisis turun naik ekonomi di masa yang akan datang. Ada pendapat yang diterima secara meluas yang mengatakan bahawa harga minyak seiring dengan inflasi. Kenaikan kos komoditi meningkatkan perbelanjaan bagi syarikat intensif tenaga, meningkatkan harga barangan dan bahan yang diusahakan. Walau bagaimanapun, sesetengah penyelidik menafikan korelasi antara harga minyak dan inflasi.
Volum perdagangan WTI salah satu yang terbesar merentasi semua komoditi. Oleh itu, gelinciran (slippage) dalam perdagangan adalah minimum, dan spread adalah nipis. Cuba dagangkan minyak WTI di akaun demo untuk alaminya sendiri.
WTI vs. Brent
Pelabur sering membandingkan WTI dengan minyak mentah Brent, penanda aras minyak untuk dua pertiga daripada kontrak minyak dunia berdasarkan minyak yang diekstrak di Laut Utara. WTI mempunyai kualiti yang lebih tinggi daripada Brent, jadi ia dijangka lebih mahal sedikit. Walau bagaimanapun, itu tidak selalunya benar. Walaupun minyak ini berdagang pada titik harga yang sama, masing-masing mempunyai penawaran dan permintaan yang unik, dan oleh itu harganya mencerminkan fundamental pasaran masing-masing.
Kesimpulan
Kedua-dua WTI dan Brent adalah pilihan yang bagus untuk perdagangan komoditi kerana kedua-duanya mencerminkan harga aset-aset yang penting. Berita seperti mesyuarat OPEC dan geopolitik menggerakkan harga dengan ketara dan memberi kita banyak peluang untuk berdagang dengan berita WTI. Cuba sendiri di akaun demo dan singkap potensi perdagangan minyak!
2022-09-19 • Dikemaskini