FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
site icon

20 Mac 2025

Matawang

USDCHF: Polisi Yang Bercanggah Daripada Fed dan SNB – Apa Yang Harus Kita Jangkakan?

USDCHF: Apa yang Dikatakan oleh Fed dan SNB?

USDCHF telah menjadi perhatian ramai susulan keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) dan Bank Negara Switzerland (SNB). Apakah yang boleh kita jangkakan sekarang?

Fed Kekalkan Kadar, Tetapi Dot Plot Memberikan Petunjuk...

Semalam, Fed telah mengekalkan kadar tidak berubah iaitu 4.25%-4.5%, dengan memberikan alasan ketidakpastian ekonomi dan risiko inflasi. Powell menyebutkan kebimbangan beliau tentang tarif dan pengetatan penguatkuasaan imigresen.

Dot Plot memberitahu bahawa kebanyakan ahli-ahli FOMC menjangka hanya dua pemotongan kadar pada tahun 2025. Ini mencadangkan bahawa Fed bercadang untuk terus mempunyai kawalan ke atas inflasi dan mengelakkan pelonggaran terlalu cepat.

SNB Mengurangkan Kadar… Dan Mungkin Akan Mengulanginya Lagi

Sementara itu, SNB mengejutkan pasaran dengan mengurangkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas, menjadikannya 0.25%, paras yang terendah sejak 2022. Ini adalah pemotongan kadar yang kelima sejak 2024, yang menandakan kebimbangan mengenai risiko ekonomi dan inflasi yang rendah.

Selain itu, SNB menjelaskan bahawa ia masih bersedia untuk masuk campur tangan di pasaran forex jika perlu.

Seterusnya, Apa Akan Jadi Dengan USDCHF?

Percanggahan ini jelas: Fed kekal berhati-hati berkenaan penurunan kadar, sementara SNB terus melonggarkan dasar monetarinya. Ini boleh menyokong USDCHF dalam jangka pendek, walaupun turun naik akan bergantung pada data makroekonomi dan sentimen pasaran pada masa akan datang.

Adakah dolar akan melantun, atau adakah franc Swiss akan melawan? Nantikan langkah seterusnya!

Analisis Teknikal - USDCHF, H4

USDCHF.jpg


Zon Bekalan (Jual): 0.8842 // 0.89
Zon Permintaan (Beli): 0.8765

Pemotongan kadar SNB baru-baru ini telah menjadi pendorong utama kenaikan harga pada sesi pagi di Eropah, menyebabkan penembusan rintangan penting H4 di aras 0.8809, meninggalkan candlestick bullish yang panjang dengan ketidakcekapan (volume void) yang biasanya diperbetulkan oleh pasaran.

Dalam konteks ini, pullback dijangka dapat menutup kawasan tersebut, mencari kecairan di harga pembukaan buka harian (D1:O) 0.8776 dan POC Asia di 0.8765, zon permintaan (beli) yang berkemungkinan akan dipertahankan oleh bulls untuk mencetus kenaikan harga yang baharu menuju zon bekalan seterusnya di 0.8842, mengesahkan penyongsangan bullish intrahari. Hanya selepas aras ini ditembusi baharulah kita boleh mempertimbangkan untuk melanjutkan pembelian ke arah 0.89 dan rintangan penting harian seterusnya di 0.8926.

Sebaliknya, jika zon permintaan antara 0.8776 dan 0.8765 sudah dibolosi secara muktamad, trend bullish itu akan berterusan, kerana peningkatan pesanan jual mungkin akan menyebabkan penembusan ke bahagian bawah aras sokongan Disember di 0.8735, melanjutkan penurunan ke aras psikologi 0.87.

Ringkasan Teknikal

Senario Bearish: Jual di bawah 0.8809 dengan sasaran di 0.8777 dan 0.8765, di mana kita boleh kembali untuk membeli jika pola penyongsangan bullish intrahari terbentuk pada rangka masa M5. Jika ini tidak berlaku, penjualan akan berterusan menuju 0.8735 dan 0.87.
Senario Bullish: Beli di atas 0.870 (tunggu pembentukan dan pengesahan pola penyongsangan pada M5) dengan sasaran terletak di 0.8842, 0.8864, dan 0.89.

Exhaustion/Reversal Pattern (PAR): Sebelum membuka urusniaga dalam zon utama yang ditunjukkan, sentiasa tunggu pembentukan dan pengesahan (PAR) pada M5, seperti yang ditunjukkan di sini 👉 Pautan

POC Ditemui: POC = Point of Control (Titik Kawalan): Ini adalah aras atau zon di mana penimbunan volum yang tertinggi berlaku. Jika pergerakan bearish sebelumnya berasal dari situ, ia dianggap sebagai zon jual dan membentuk zon rintangan. Sebaliknya, jika impuls bullish terjadi sebelum itu, ia dianggap sebagai zon beli, biasanya ditemui pada paras terendah, membentuk zon sokongan.

Perdagangan matawang asing dengan margin mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia melibatkan risiko yang tinggi. Leveraj yang tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian. Sebelum menceburi pasaran pertukaran matawang asing, anda harus menilai matlamat pelaburan anda, pengalaman peribadi, dan tahap toleransi risiko anda.

Kongsi kepada rakan-rakan:
Tibisay Ramos

Pengarang: Tibisay Ramos

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi support@fbs.com.

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.