Pada 22-23 Oktober, kami telah berada di Cairo Investment Expo-2018 sebagai penaja Diamond acara tersebut
Cairo Investment Expo adalah salah satu acara kewangan yang terbesar dan paling popular di rantau Arab. Ia menghimpunkan para pedagang, broker, penganalisa dan para penggiat Forex dari serata dunia dan memberikan mereka satu wadah untuk berkongsi pendapat, buah fikiran dan pengalaman. Inilah intipati Forex yang sebenarnya – sebuah pasaran global, di mana semua orang berhubung.
FBS berasa sangat seronok di ekspo tersebut. Ramai yang berminat dengan perkhidmatan kami: delegasi perwakilan dari ibu pejabat FBS turut berada di sana dan dengan senang hati melayan soalan-soalan dan menjawab bagi pihak syarikat dengan sebaik-baiknya. Para pelanggan telah mencuba nasib mereka: di gerai kami, kami telah adakan cabutan bertuah untuk iPhone X atau Apple Watch, serta pelbagai hadiah dan cenderahati berguna.
Para tetamu juga telah berpeluang untuk berjumpa 'Penganalisa Rockstar' FBS, En. Mostafa Elsaiedy. Beliau menganggotai beberapa forum di situ dan telah menjadi moderator bagi topik matawang kripto – satu perbincangan yang hangat telah berlangsung.
Tetapi itu bukan satu-satunya berita baik dari kami! Kami telah diberikan anugerah "Creativity and Excellence" dalam Pasaran Kewangan. Persembahan sama pentingnya dengan perkhidmatan itu sendiri dan kami gembira berjaya menggabungkan rekaan yang cemerlang dan pendekatan kreatif dengan servis yang andal dan menyenangkan. Hooray! Kita berumpa lagi nanti, Kaherah!