• 5 July 2024
  • Berita

FBS dan Save the Children Membantu Kanak-Kanak Pelarian di Thailand

Bersama Save the Children, FBS telah memberikan sumbangan yang besar dalam membantu kanak-kanak di Mae Sot, Thailand, yang telah melarikan diri dari konflik yang sedang berlaku di Myanmar.

FBS telah menganjurkan pelbagai aktiviti hiburan dan kempen kesedaran untuk golongan muda. Lebih daripada 8,500 kanak-kanak telah menghadiri kelas mengenai topik-topik penting seperti:

  • Keselamatan diri

  • Keganasan Berasaskan Gender Dan Seksual (SGBV)

  • Kebersihan dan sanitasi

  • Penggunaan Kit Pembelajaran Di Rumah (HBL)

Guillaume Rachou, Pengarah Eksekutif Save the Children Thailand, mengucapkan terima kasih kepada FBS atas sumbangan kami, “Kanak-kanak yang melarikan diri daripada konflik tidak mempunyai akses hak asasi dan tidak dapat melanjutkan pendidikan mereka lantaran situasi mereka. Mempunyai sekutu seperti FBS yang menyokong aktiviti untuk kanak-kanak sebegini membantu mengurangkan tekanan mereka dan membolehkan mereka terus tersenyum dan hidup dengan sejahtera.”

Melalui kerjasama ini, FBS dan Save the Children kekal komited untuk menyokong komuniti yang lemah dan memberi kesan positif kepada kehidupan kanak-kanak ini dan keluarga mereka.

Tentang Save the Children

Save the Children adalah organisasi kanak-kanak yang pertama dan terkemuka di dunia. Ia bertindak balas terhadap insiden kecemasan besar, membantu kanak-kanak keluar dari kemiskinan, dan memastikan suara kanak-kanak didengar menerusi kempen-kempen mereka demi membina masa depan yang lebih baik.

Kongsi kepada rakan-rakan: