• 30 Jan 2024
  • News

FBS Bantu Mudahkan Akses Pendidikan Prasekolah di Semenanjung Malaysia

FBS menaja silibus tahun akademik 2024 untuk enam prasekolah di Semenanjung Malaysia.

Meneruskan misi CSR kami, pasukan FBS berbesar hati diberikan kesempatan untuk menyokong inisiatif amal Empowered2Teach, yang dikendalikan oleh sekutu kami SUKA Society. Bersama-sama, kami telah membekalkan sumber P&P kepada enam buah sekolah di Slim River, Gopeng, Tapah, Gua Musang, dan Kuala Rompin.

1.png

Dengan langkah ini, FBS menyumbang kepada usaha merobohkan tembok yang halangan pendidikan untuk kanak-kanak Orang Asli dari kampung-kampung terpencil di Semenanjung Malaysia, menyediakan mereka untuk pendidikan rendah formal.

Dengan sokongan kami untuk silibus pelajaran prasekolah, kanak-kanak Orang Asli akan mempunyai asas yang lebih kukuh dan persediaan yang lebih baik untuk memasuki Darjah Satu.

Kongsi kepada rakan-rakan: