• 23 Aug 2024
  • Berita

Partner FBS Bawa Bantuan Penting Kepada 80 Kanak-Kanak Uganda

FBS sangat berbahagia berpeluang menghulurkan sumbangan bermakna kami kepada Reach and Raise Foundation, rumah anak yatim yang menjaga kanak-kanak di Daerah Bugiri, Uganda.

Sumbangan itu, yang difasilitasi oleh partner FBS, Lugumayo Jordan, disambut baik kerana ia memberi impak yang besar kepada kehidupan kanak-kanak. Dana itu memastikan lebih 80 kanak-kanak di seluruh Daerah Bugiri menerima barangan keperluan asas seperti kelengkapan sekolah, pakaian dan makanan.

Lugumayo Jordan, partner FBS, berkongsi fikirannya tentang menerajui inisiatif ini, “Saya memilih untuk menyokong usaha murni ini kerana kesungguhan yayasan ini dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan membantu untuk kanak-kanak yatim piatu. Selepas menyampaikan barang-barang yang didermakan, wajah kanak-kanak ini menyala dengan kegembiraan, dan kakitangan menyatakan penghargaan besar mereka untuk bantuan yang disampaikan."

MDP-4602_1200x800_1-min.jpeg

Musiho Hubaibu, pengasas Reach and Raise Foundation, menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada FBS, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas pemberian anda yang bermurah hati. Kebaikan dan sokongan anda sangat besar ertinya buat kami dan anak-anak yang kami santuni. Sumbangan anda telah membawakan kebahagiaan dan harapan yang besar kepada anak-anak yatim jagaan kami.”

Di FBS, kami percaya dengan kuasa memberi dan komited untuk melakukan perubahan yang berkekalan dalam komuniti rentan di seluruh dunia. Kami benar-benar mengucapkan terima kasih kepada Lugumayo Jordan kerana menyertai FBS dalam misi amal kami dan menyebarkan kegembiraan dan harapan di mana ia amat diperlukan.

Kongsi kepada rakan-rakan: