Kami berbangga kerana WBO, sebuah majalah perniagaan antarabangsa, telah menamakan FBS sebagai pilihan terbaik mereka untuk pencalonan ‘‘Best Customer Service Broker Global 2022‘‘. Kami menerima anugerah ini dengan besar hati dan melihatnya sebagai satu pujian dan pengiktirafan yang tinggi terhadap pencapaian profesional kami pada tahun 2022.
FBS sentiasa fokus dalam menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti terbaik. Keperluan dan jangkaan pelanggan adalah iltizam utama kami. Dalam hal ini, pasukan Khidmat Pelanggan kami patut diberi perhatian khusus. Ini sebuah pasukan profesional yang berbilang bahasa dan berkelayakan tinggi yang menyukai kerja mereka dan sangat menghormati pelanggan mereka. Sukar untuk membayangkan kejayaan syarikat tanpa pasukan pakar yang berdedikasi ini.
Sikap mesra pelanggan ini sudah berakar umbi dalam etika kerja FBS, yang menatijahkan pelbagai maklum balas positif daripada pelanggan dan rakan kongsi syarikat. Dari Thailand ke Argentina, Brazil ke Malaysia, Mesir ke Jepun: Para pelanggan FBS di seluruh dunia mengucapkan terima kasih kepada broker kegemaran mereka. Tonton video dengan maklum balas pelanggan FBS di sini.
Terima kasih di atas kepercayaan, kesetiaan dan terima kasih anda – ia bara yang terus membakar semangat FBS untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi.