Mesyuarat Federal Reserve
Federal Reserve akan menyampaikan pernyataan polisi kewangannya pada 21:00 waktu MT, 14 Jun.
Di mesyuarat terkini di bulan Mei, Fed menahan dari menaikkan kadar tetapi meremehkan angka pertumbuhan lemah Q1 dengan memberi penekanan khas kepada kekuatan data pasaran buruh. Justeru, bank pusat tersebut memberikan isyarat kesediaan untuk menaikkan kadar dua kali lagi tahun ini selepas kenaikan di bulan Mac.
Pasaran menjangkakan kenaikan kadar kali ini dan natijah itu sudah pun difaktorkan ke dalam harga kadar tukaran Dollar AS. Hasilnya, kenaikan kadar yang sebenar akan mendukung USD, tetapi tidak akan menggerakkannya jauh. Kita akan melihat lantunan besar matawang AS hanya jika Pengerusi Fed Janet Yellen memberikan isyarat kenaikan kada sewaktu sidang akhbar. Di satu sisi lain, peringatan oleh badan kawal selia itu tentang unjuran ekonomi AS akan melemahkan greenback.