Mesyuarat Rizab Persekutuan
Rizab Persekutuan dijadualkan akan menyampaikan pengumuman kadar pada 21:00 waktu MT.
Di mesyuarat terakhir, para pegawai Fed bersetuju untuk menaikkan kadar faedah tanda aras untuk kali ketiga dalam 6 bulan dan pintu masih terbiar terbuka untuk kenaikan tambahan sehingga penghujung 2017 walaupun ada suara-suara khuatir tentang inflasi yang lemah.
Kami tidak menjangkakan pembuat dasar di Fed akan mengumumkan kenaikan kadar pada sidang mendatang ini. Kami lebih gemar menunggu maklumat terperinci tentang pengurangan pada kunci kira-kira $4.5 trillion Fed, yang telah dijadualkan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Sebahagian besarnya akan bergantung kepada penilaian bank pusat tersebut tentang fundamental ekonomi semasa AS. Jika para pegawai Fed mengakui bahawa perkembangan ekonomi sejajar dengan unjuran mereka, pelarasan pembetulan kunci kira-kira akan berlaku.