• 27 July 2018
  • Berita

Laporan Promo Kebajikan Ramadan 2018

Promo kebajikan Ramadan 2018 sangat-sangat istimewa.

Pertama sekali, ia mengumpulkan jumlah sumbangan terbesar dalam sejarah promosi ini – bersama-sama, para pedagang FBS telah mengumpulkan lebih dari $310,000 untuk 7 NGO kebajikan yang membantu kanak-kanak, keluarga memerlukan, orang-orang tua dan golongan istimewa di Mesir, Tunisia, Indonesia, Malaysia dan Turki.

BADAN-BADAN KEBAJIKAN YANG DIBANTU:

  • “Hayatona”
  • “Tunisia Charity”
  • “Rumah Orang-orang Tua Tresna Werdha Budi Pertiwi”
  • “Rumah Orang Tua & Anak-anak Yatim Muhammadiyah Rancabolang”
  • “Rumah anak-anak yatim Taman Harapan Muhammadiyah”
  • “PRA”
  • “Koruncuk”

Ahli-ahli Pasukan FBS tempatan telah melawat kanak-kanak di hospital dengan hadiah dan pertunjukan yang menarik, membawakan pakaian, makanan, alatulis, dan bekalan keperluan harian untuk sebuah rumah anak yatim, melakukan renovasi dan membawakan hadiah untuk rumah penjagaan orang-orang tua, serta banyak lagi.

Promo kebajikan Ramadan FBS adalah tradisi tahunan pemberian sedekah menerusi perdagangan Forex – kami telah menyalurkan seluruh amaun spread dan komisen IB kepada organisasi kebajikan sepanjang bulan suci Ramadan, dan komuniti-komuniti tempatan FBS membantu menghantarkan dan mengagihkan barangan serta hadiah.

Secara keseluruhannya, wang yang dihasilkan oleh para pedagang FBS sewaktu peraduan telah membantu ratusan orang dengan keperluan harian mereka, dan inilah yang membuatkan Pasukan FBS berasa bangga.

Saksikan laporan kami, dan kongsikan berita baik ini!

Kongsi kepada rakan-rakan: