• 15 Aug 2019
  • Berita

Ramadan 2019: rangkuman

Promo Ramadan menjadi tradisi murni yang kami junjung di FBS. Setiap tahun, pada bulan Ramadan kami lancarkan promosi ini dengan sasaran untuk mengumpulkan dana bagi tujuan amal. Tahun ini kami berjaya meraih $241,221 dan telah menyalurkan semua wang ini kepada 9 organisasi kebajikan di Yaman, Tunisia, Mesir, Malaysia dan Indonesia.

Wang ini digunakan untuk membantu anak-anak yatim, keluarga miskin, orang-orang tua di pusat penjagaan, dan hospital. Pasukan-pasukan tempatan FBS telah membawakan hadiah untuk semua: makanan, permainan yang menghiburkan, ubat-ubatan, keperluan harian, dsb. Namun yang paling penting – pasukan FBS telah meniupkan kebahagiaan ke jiwa semua orang yang disantuni. Malahan, ada pasukan yang siap bawakan kek!

Kami percaya ia mudah, tetapi perlu untuk membantu orang lain, jadi kami berpendapat paling tidak inilah yang harus kami lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan. Setiap tahun FBS mempromosikan amalan bersedekah dengan berdagang Forex: seluruh amaun spread dan komisen IB menyumbang kepada dana kebajikan ini.

Bersama dengan para pedagang kami, kita telah membantu:

  • Persatuan Orman
  • Tunisia Charity
  • For Human Development Foundation
  • Rumah Anak-anak Yatim Malikul A'la
  • Rumah Anak-anak Yatim Tambatan Hati
  • Rumah Orang-orang Tua Tulus Kasih
  • Rumah Amal Asnaf Al-Barakah
  • Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM),
  • Persatuan Balsam

Ia suatu yang harus dibanggakan: kami tahu bahawa komuniti kami, para pedagang dan rakaniaga kami, mengambil bahagian secara aktif untuk membantu orang lain. Tidak susah untuk membantu orang lain walaupun mereka berada jauh dari kita.

Tonton video laporan dan saksikan sendiri: kebaikan dan kemanusiaan tidak kenal sempadan, dan para pedagang FBS membuktikan bahawasanya itu benar, lagi dan lagi!

Kongsi kepada rakan-rakan: