Pada bulan Februari, gempa bumi yang dahsyat telah menjejaskan penduduk, tempat tinggal, alam semulajadi dan ekonomi di Turki. Ribuan nyawa telah terkorban, dan ribuan lagi memerlukan bantuan.
Kami bersimpati dengan semua mangsa dan keluarga mereka. Bersama dengan rakaniaga kami, Lutfu Daloglu dan Cihan Kasal, kami telah menyediakan kotak-kotak pertolongan cemas kepada mereka yang telah terjejas akibat gempa bumi tersebut. Pada 18 Februari, kami telah menghantar 799 kotak makanan yang mengandungi beras, gandum, gula, minyak masak dan pelbagai keperluan penting yang lain ke Hatay, Turki.
Kami amat bersimpati dengan negara itu. FBS akan terus memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sambil mengharapkan semoga kejadian tragik seperti ini tidak akan berlaku lagi. Begitu juga dengan anda.
Marilah kita sama-sama membantu antara satu sama lain agar dunia kita menjadi lebih baik.