Margin dan Leveraj
Leveraj membolehkan pedagang melaksanakan pesanan dalam satu amaun yang jauh lebih besar daripada deposit mereka dan dengan itu menjana keuntungan yang substansial waima dengan pelaburan yang kecil.
Margin adalah amaun wang yang anda perlu ada dalam akaun anda untuk membuka dan mengekalkan urusniaga berleveraj. Ia bergantung pada saiz urusniaga anda (iaitu bilangan lot yang anda ingin dagangkan) dan leveraj yang dinyatakan untuk instrumen berkenaan.
Lebih tinggi leveraj yang anda gunakan, lebih kecil margin yang anda perlu dagangkan!
Forex dan Eksotik Forex
Untuk instrumen Forex, kami menyediakan pelbagai jenis leveraj dari 1:1 hingga 1:3000. Anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa di Laman Pedagang anda. Bergantung pada jumlah ekuiti, FBS boleh melaraskan leveraj secara automatik untuk posisi yang sedang aktif (open positions) dan posisi yang dibuka semula (reopened positions) berdasarkan had ini:
Jumlah ekuiti akaun perdagangan pelanggan (USD atau EUR) |
Leveraj |
---|---|
0–199 |
1: 3000 |
200–1999 |
1:2000 |
2000–4999 |
1:1000 |
5000 – 29,999 |
1:500 |
30,000 – 149,999 |
1:200 |
150,000 atau lebih |
1:100 |
1:50 |
|
1:25 |
|
1:10 |
|
1:5 |
|
1:1 |
Jumlah ekuiti dipaparkan sebagai dana yang tersedia di Laman Pedagang. Anda boleh menyemak data ini dalam tetapan akaun untuk mengetahui jumlah ekuiti semasa akaun perdagangan dan melaraskan had leveraj anda dengan sewajarnya.
Instrumen-instrumen lain
Untuk instrumen-instrumen lain, leveraj adalah malar. Sila maklum bahawa leveraj untuk indeks US30, US100, dan US500 disetkan pada nisbah 1:500. Untuk indeks-indeks lain, leveraj adalah 1:200.
Logam |
1:500 |
Indeks dan Tenaga |
1:200 |
Saham |
1:100 |
Pengurusan risiko
Apabila menggunakan leveraj, pengurusan risiko jangan dilupakan. Di FBS, kami melindungi akaun anda daripada baki negatif, dan tetapan Renti Rugi (Stop Loss) kami akan membantu anda meminimumkan risiko.
Anda boleh temui lebih banyak maklumat tentang leveraj dalam Pusat Bantuan kami.