Kalkulator
trading

Trade dengan yakin pada setiap langkah — gunakan kalkulator kami untuk menganggarkan keuntungan dan kerugian daripada setiap urusniaga.

Kalkulator Trading kami sangat berguna untuk merancang urusniaga anda. Gunakannya untuk:

  • Mengira margin yang diperlukan untuk membuka posisi.
  • Anggarkan potensi keuntungan dan kerugian.
  • Lihat bagaimana nisbah leveraj mempengaruhi margin dan potensi keuntungan.
Instrumen
Leveraj
Saiz Lot
Harga ask
Matawang
Harga bid

Hasil pengiraan

Saiz kontrak

1000.00

Nilai poin

10.00 USD

Spread

4.00 points

40.00 USD

Swap long

-7.74 points

-77.40 USD

Swap short

-6.28 points

-62.80 USD

Margin

360.20 USD

Mula berdagang

Keputusan pengiraan adalah anggaran dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat trading.

Perlukan lebih banyak
maklumat?

Untuk mengira keuntungan dan kerugian anda:

  1. Pilih instrumen trading yang anda ingin trade, seperti EURUSD.
  2. Masukkan saiz lot. Sebagai contoh, 0.1 lot bersamaan dengan 10 000 unit matawang.
  3. Pilih matawang yang anda mahu gunakan dalam pengiraan anda, USD atau EUR.
  4. Tetapkan nisbah leveraj, sebagai contoh, 1:100.
  5. Masukkan harga Ask dan Bid atau gunakan harga pasaran yang disediakan secara automatik.
  6. Klik Kira untuk mendapatkan margin diperlukan, saiz kontrak, nilai poin, spread, dan swap.

Dalam contoh kita, untuk membuka posisi EURUSD dengan 0.1 lot dan leveraj 1:100 pada harga semasa pasaran, anda memerlukan margin sebesar 100.91 USD.

Pengiraan sedemikian membantu anda memilih strategi trading yang terbaik dan membuat keputusan dengan bermaklumat sebelum membuka posisi.

Mari kita lihat apa maksud setiap nilai dalam hasil pengiraan:

  • Margin ialah jumlah yang diperlukan untuk membuka dan mengekalkan posisi, membantu anda memahami seberapa banyak wang yang anda akan gunakan daripada baki akaun.
  • Saiz kontrak adalah bilangan unit instrumen trading dalam posisi anda. Sebagai contoh, satu lot Forex bersamaan dengan 100 000 unit matawang asas, manakala 0.1 lot = 10 000 unit (0.1 × 100 000 = 10 000).
  • Nilai poin ialah amaun wang yang anda raih atau rugi jika harga berubah sebanyak satu poin.
  • Spread adalah perbezaan antara harga Ask (beli) dan harga Bid (jual). Ia adalah kos untuk membuka posisi.
  • Swap long dan Swap short adalah faedah yang dicaj atau diterima kerana mengekalkan posisi semalaman. "Swap long" terpakai untuk posisi Beli, dan "Swap short" terpakai untuk posisi Jual.

Trading bermargin, atau pembelian dengan margin, melibatkan peminjaman wang daripada broker anda untuk membuka posisi yang lebih besar daripada yang anda boleh lakukan dengan bergantung pada modal anda sendiri semata-mata. Anda tidak perlu membayar keseluruhan amaun aset yang didagangkan, sebaliknya anda hanya perlu membayar sekian peratus sahaja (margin) sementara amaun selebihnya akan dipinjamkan oleh broker kepada anda.

Satu konsep yang penting dalam trading bermargin ialah leveraj. Leveraj dinyatakan sebagai nisbah antara dana pedagang berbanding dana yang dipinjam, seperti 1:10, 1:50, 1:100, atau 1:1000. Ia menggandakan modal kerja anda, berpotensi menggandakan keuntungan atau kerugian anda dalam satu-satu urusniaga. Sebagai contoh, dengan leveraj 1:100, setiap $1 yang anda laburkan bertukar menjadi $100. Jadi, jika anda depositkan $100, anda boleh trade seolah-olah anda mempunyai $10 000.

Untuk membantu dengan ini, Kalkulator Trading kami membantu anda menentukan margin yang diperlukan untuk setiap urusniaga. Ini membolehkan anda mengetahui seberapa banyak wang yang anda perlukan untuk membuka suatu posisi dan membina strategi trading yang berkesan.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujuiPolisi Privasi kami.