Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan.
Alcoa Akan Melaporkan Perolehan pada 14 Oktober
2021-10-13 • Dikemaskini
Apa yang akan berlaku?
Alcoa Corporation, pembekal aluminium global, akan menyiarkan laporan perolehannya untuk Q3 pada 14 Oktober setelah pasaran saham ditutup (23:59 GMT+3). Pengumuman itu akan diikuti dengan sidang maya untuk para pelabur.
Analisis fundamental
Alcoa, pengeluar aluminium terbesar di AS, sedang menikmati satu tahun yang sangat berjaya. Permintaan terhadap aluminium memaksa pembeli dari seluruh dunia untuk beratur. Logam ini mempunyai berbagai kegunaan, dari tin minuman sehingga ke industri aviasi dan pembinaan.
Permintaan untuk aluminium meningkat hampir dua kali ganda sepanjang setengah tahun ini. Ini membawakan keseimbangan kepada penawaran dan permintaan dalam industri aluminium yang telah lama mengalami kemerosotan. Penggunaan semakin meningkat, sementara pengeluaran di China, pengeluar aluminium terkemuka, terus mengalami tekanan. Dalam keadaan ini, pembeli terpaksa bersetuju dengan harga yang lebih tinggi, kerana ekonomi global "memulih" setelah setahun terhambat oleh lockdown.
Perubahan keseimbangan secara tiba-tiba ini sangat positif bagi Alcoa. Pada bulan Julai, syarikat itu mengeluarkan laporan Q2 yang mengatasi jangkaan penganalisis. Pada tahun 2021, Alcoa merancang untuk mengeluarkan 2.9 hingga 3 juta tan aluminium, sedangkan jangkaan syarikat itu sebelum ini tidak lebih dari 2.8 juta tan.
Penganalisis di Goldman Sachs membincangkan prospek kenaikan harga selama beberapa tahun lantaran dari peranan penting aluminium dalam peralihan ekonomi ke sumber tenaga boleh diperbaharui. Permintaan terhadap logam turut disokong oleh projek infrastruktur Presiden Joe Biden.
Alcoa adalah aset yang sangat berisiko, di mana sekiranya terjadi penjualan berskala besar harga akan jatuh dengan jauh lebih agresif daripada pasaran. Beta saham ini adalah 2.7 (beta di atas 1 menunjukkan saham ini berkemeruapan lebih tinggi dari pasaran; dan begitu juga sebaliknya).
Jangkaan
Ramalan penganalisis dan pakar: Perolehan = $2.93B, Perolehan sesaham = $ 1.75
Analisis teknikal
Carta harian Alcoa
Harga Alcoa telah mengukuh di antara $51.8 dan $45 sepanjang dua bulan terakhir ini. Ia masih berada di atas semua purata bergerak, yang meneruskan sentimen yang bulish untuk saham ini. Harga dikekang oleh purata bergerak 50 hari di $45, yang berperanan sebagai aras sokongan utama.
Pendapat
Penganalisis FBS percaya bahawa kenaikan harga akan membantu Alcoa menunjukkan prestasi yang terbaik selepas laporan perolehan (baca tinjauan US500 dan US100 kami untuk mengetahui lebih lanjut). Menurut analisis perluasan Fibonacci, jika harganya menembusi $52 ia akan mencapai $58, iaitu sasaran utama untuk pergerakan yang akan datang.
Serupa
Menjelang bulan April, para pelabur sedang mencari peluang terbaik dalam pasaran saham. Terdapat dua industri yang berkembang pesat yang kelihatan positif untuk jangka masa terdekat; saham-saham kenderaan elektrik (EV) dan perbankan.
Apa yang akan terjadi? Walmart, sebuah syarikat peruncitan multinasional Amerika, akan membentangkan laporan perolehannya untuk suku keempat pada 17 Februari sebelum pasaran saham dibuka (16:30 GMT+2)…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…