EMAS Di Jangka Akan Membuat Penerjunan

Baca artikel ini di laman web FBS

Fundamental : Pegerakan mendatar turut dilihat pada dagangan emas ketika jangkaan untuk kenaikan kadar faedah lebih perlahan memudar susulan data terbaru jualan runcit Amerika Syarikat.

Terbaharu, Jabatan Perdagangan mendedahkan jualan runcit AS melonjak melebihi jangkaan pada bulan lalu dengan kenaikan 1.3% berbanding 1.0% yang di ramalkan pasaran

Ini secara tidak langsung menjejaskan harapan pelabur bahawa inflasi sedang menurun dan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) akan diperlahankan.

Malah, ketegangan geopolitik yang dibimbangi pelabur telah pudar selepas Presiden AS Joe Biden memberitahu sekutu G7 dan NATO bahawa peluru berpandu yang menghentam Poland berkemungkinan daripada Ukraine.XAUUSDH1.png

XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Resistance terdekat 1750.30 - 1752.70 Dan di jangka akan membuat penurunan secara berperingkat mencari Support terdekat 1743.30, Jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan membuat penurunan lagi untuk menguji paras Support seterusnya 1736.30.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.