Krisis Baru UK, Tenaga Pekerja Menghilang !

Baca artikel ini di laman web FBS

Fundamental :

Britain berdepan masalah kekurangan tenaga kerja apabila ratusan ribu rakyat dilaporkan telah keluar dari pasaran pekerjaan sejak 2019 disebabkan penyakit jangka panjang atau masalah kesihatan mental.

Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) mendedahkan peningkatan penyakit jangka panjang bermula pada 2019, sebelum Covid-19 melanda.

Ia kemudiannya melonjak sebanyak 363,000 antara awal 2020 dan pada tiga bulan hingga akhir Ogos 2022 angka tersbut mencecah 2.5 juta.

Analisis itu menambah kebimbangan Bank of Englan (BOE) yang sedang berusaha untuk menurunkan inflasi yang kini berada pada paras tertinggi 40 tahun.

BOE khuatir bahawa bilangan orang yang meninggalkan pasaran buruh UK akan merencatkan usahanya dan menambah tekanan inflasi.

EURUSDH4.png

Pasangan mata wang EURUSD pada hari ini dilihat dalam perjalanan menuju Support terdekat 1.01900 - 1.01730. Dan di jangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Resistance terdekat 1.02540, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji Resistance seterusnya 1.03190

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.