Jangan tanya kenapa emas Jadi Begini sebelum FOMC.

Baca artikel ini di laman web FBS

Fundamental

Walaupun data PMI pembuatan ISM AS dicatatkan sedikit perlahan pada bulan Oktober daripada bacaan sebelumnya, namun laporan JOLTS menunjukkan jumlah pembukaan pekerjaan meningkat kepada 10.7 juta pada bulan September, jauh mengatasi jangkaan.

Ekoran itu, US dolar melonjak tinggi seiring dengan lonjakan hasil bon AS 10 tahun ke paras tertinggi harian, manakala pasaran Wall Street pula merosot pada sesi terdahulu.

Bagaimanapun,keuntungan yang diraih tersebut sedikit berkurangan pada sesi asia hari ini berikutan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis ( waktu Malaysia ).

Federal Reserve (Fed) dijangkakan secara meluas akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 3.75 %-4% dengan penggubal daras juga diramal akan menawarkan kenyataan untuk memperlahankan kadar pengetatkan.

Sekiranya benar, ia mungkin boleh mendorong penurunan dalam dagangan US dolar dan perkara sebaliknya berlaku jika Fed masih terus hawkish untuk melaksanakan kenaikan lebih besar.

Dalam pada itu, mata wang pound sedikit meningkat selepas mengalami kejatuhan pada sesi sebelumnya, dengan tumpuan pasaran turut disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada khamis.

XAUUSDH4.png

XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Resistance terdekat 1660.30 - 1662.30 Dan di jangka akan membuat penurunan secara berperingkat mencari Support terdekat 1650.80, Jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan membuat penerjunan lagi untuk menguji paras Support seterusnya 1641.60.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.