EMAS jatuh tersungkur, adakah ini satu petanda

Baca artikel ini di laman web FBS

Fundamental : 

Sentimen pasaran yang bertambah baik meletakkan US dolar kekal didagangkan lebih rendah berbanding pesaing utamanya.

Ini turut menyaksikan kehijauan menghiasi pasaran saham global yang menandakan pelabur megetepikan seketika kebimbangan terhadap kemelesetan susulan laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan.

Walaupun begitu, pelabur perlu berwaspada memandangkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) masih tidak berubah dan menyokong US dolar.

Beralih kepada mata wang Eropah, pound masih mengekalkan keuntungan yang diraih pada awal minggu walaupun mencatat penyusutan pada hari selasa.

Terdahulu pada sesi Eropah, terdapat laporan menyatakan bahawa Bank of Englang (BOE) mungkin menangguhkan program jualan bon sehingga minggu depan.

Menjadi tumpuan pelabur mata wang pound hari ini adalah penerbitan data inflasi UK yang akan disiarkan pada sesi Eropah yang dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan pada September daripada bulan sebelumnya.

XAUUSDH4.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat penurunan sementara menuju Support terdekat 1627.40 - 1624.50 Dan di jangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Resistance terdekat 1638.30, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji paras Resistance seterusnya 1649.50.

Muhamad Risal Bin Jamal

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.