EMAS kembali suram seolah-olah hilang rentak
Fundamental :
Kilauan emas kembali suram pada awal minggu setelah kerugian lebih 1% pada akhir dagangan minggu lalu di tengah - tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC.
US dolar pula didagangkan mendatar susulan peningkatan yang diraih akhir dagangan minggu lalu selepas menyaksikan bacaan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat yang lebih kuat.
PCE yang menjadi pilihan utama Fed untuk ukuran inflasi, meningkat 0.5% pada September selaras dengan kenaikan yang dicatatkan pada bulan Ogos.
Ini kembali menguatkan jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas oleh Fed pada awal pagi Khamis ( waktu Malaysia ).
XAUUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Resistance terdekat 1649.90 - 1652.90 Dan di jangka akan membuat penurunan secara berperingkat mencari Support terdekat 1640.80, Jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan membuat penerjunan lagi untuk menguji paras Support seterusnya 1632.90.