Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada…
AUDJPY: Melanggar trendline harian - 08-01-2020
2020-01-08 • Dikemaskini
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa di pasangan matawang AUD/JPY telah pun pada semalam melakukan pelanggaran terhadap zon trendline yang membentuk corak "Pennant" di jangka masa harian. Akibat dari pelanggaran ini, saya melihat bahawa harga semasa mempunyai peluang yang cerah untuk membuat penurunan ke arah bawah. Pada pagi tadi, candle harian sebenarnya telah pun membuat penurunan sekitar 87 pips sehingga ke paras 73.738 namun kembali membuat kenaikan dan sekarang mengekalkan kedudukan di paras 74.428. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba meneruskan penurunan semula selepas kenaikan yang berlaku sebentar tadi. Jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat penurunan dan mendekati paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 73.363. Menyentuh paras ini dan gagal membuat pelanggaran akan menyebabkan kenaikan semula akan berlaku dan harga semasa akan membuat cubaan menyentuh paras rintangan kukuh di paras 74.781.
Signal untuk hari ini
Sell 74.442
Sl: 74.781
Tp: 73.363
Serupa
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa…
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…