Tahun 2020 akhirnya melabuhkan tirainya. Akhirnya. Mari kita lihat apa yang berlaku di pasaran Forex sepanjang tahun berkenaan dan cuba mencari tahu apa yang mungkin berlaku pada tahun berikutnya.
EURCHF melanggar trendline - analisis - 05-07-2019
2019-11-11 • Dikemaskini
Pasangan matawang EURCHF untuk analisa hari ini dilihat sedang bergerak tenang setelah melanggar trendline yang telah ditandakan pada jangka masa empat jam.Ketika artikel ini ditulis dilihat harga semasa cuba menguji trendline ini dan cuba untuk memasuki kembali trendline untuk membentuk trend menaik.Indikator MA buat masa sekarang ini menunjukkan perangkap pada harga semasa,MA 50 sekarang ini berada ditengah body harga semasa membentuk satu halangan kukuh terdekat buat masa sekarang ini.Manakala MA100 dan MA200 pula membentuk rintangan dari atas dan cuba membuat penolakan terhadap harga semasa.Indikator stochcastik pula memberi petunjuk kepada kita bahawa sedang berlaku kenaikan harga untuk pasangan matawang ini buat masa sekarang ini.Dari pemerhatian di atas dapat kita rumuskan bahawa harga semasa akan cuba membuat kenaikan tetapi masih berkekuatan trend bearish.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa gagal melanggar paras trendline yang telah ditandakan seperti didalam carta,maka harga semasa akan cuba membuat penurunan dan sasaran utama untuk pergerakan kali ini adalah pada paras sokongan utama 1.10625.Melanggar paras sokongan utama ini akan menyebabkan penerusan trend menurun untuk hari ini dan sasaran utama yang seterusnya adalah pada paras 1.09386.Sebaliknya jika harga semasa berjaya melanggar trendline seperti yang ditandakan maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan mendekati zon rintangan harga semasa terdekat iaitu disekitar paras 1.11443-1.11557.
julat dagangan untuk pasangan matawang ini adalah rintangan 1.11557 dan sokongan 1.10625
trend : bearish
Serupa
Pasangan matawang EURJPY untuk analisa hari ini melihatkan bahawa candle telahpun mencuba sebanyak hampir 3 kali berturut-turut untuk melakukan pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh diparas 117…
Pasangan EURJPY untuk analisa pada hari ini dilihat bergerak tenang didalam zon rintangan dan sokongan harga terdekat…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…