Fundamental : …
GBPUSD masih dalam keadaan momentum? boleh ke momentum di kekalkan ?
2022-10-21 • Dikemaskini
Fundamental :
Pound Sterling didagangkan positif pada pembukaan pasaran awal minggu kemarin setelah kejutan pemecatan Menteri Kewangan UK, Kwasi Kwarteng di hujung minggu lalu telah diredakan dengan pelantikan Jeremy Hunt untuk menggalas jawatan tersebut.
Hunt mengumumkan rancangan kerajaan untuk menghapuskan kebanyakan pelan cukai pada 23 September, bertujua untuk menstablikan sistem kewangan di UK.
Dengan situasi penyusutan US dolar ketika sentimen pasaran yang dipulihkan dengan laporan pendapatan korporat, Pound mencatatkan lonjakan nilai ke paras tertinggi 2 minggu.
Namun, pelabur tetap waspada terhadap pergerakan semasa US dolar dengan beberapa faktor yang masih berpotensi mengundang risiko semula dalam pasaran seperti perkembangan serangan Rusia ke atas Ukraine dan penularan Coronavirus di China.
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara untuk mencari Resistance terdekat berada di harga 1.13130 - 1.13365 dan di jangka akan membuat penurunan untuk mencari Support 1.12100 jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan membuat penerjunan lagi untuk menguji Support kukuh berada disekitar harga 1.11100.
Serupa
Fundamental : Britain berdepan masalah kekurangan tenaga kerja apabila ratusan ribu rakyat dilaporkan telah keluar dari pasaran pekerjaan sejak 2019 disebabkan penyakit jangka panjang atau masalah kesihatan mental…
Fundamental : …
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…