Fundamental : …
Krisis Baru UK, Tenaga Pekerja Menghilang !
2022-11-18 • Dikemaskini
Fundamental :
Britain berdepan masalah kekurangan tenaga kerja apabila ratusan ribu rakyat dilaporkan telah keluar dari pasaran pekerjaan sejak 2019 disebabkan penyakit jangka panjang atau masalah kesihatan mental.
Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) mendedahkan peningkatan penyakit jangka panjang bermula pada 2019, sebelum Covid-19 melanda.
Ia kemudiannya melonjak sebanyak 363,000 antara awal 2020 dan pada tiga bulan hingga akhir Ogos 2022 angka tersbut mencecah 2.5 juta.
Analisis itu menambah kebimbangan Bank of Englan (BOE) yang sedang berusaha untuk menurunkan inflasi yang kini berada pada paras tertinggi 40 tahun.
BOE khuatir bahawa bilangan orang yang meninggalkan pasaran buruh UK akan merencatkan usahanya dan menambah tekanan inflasi.
Pasangan mata wang EURUSD pada hari ini dilihat dalam perjalanan menuju Support terdekat 1.01900 - 1.01730. Dan di jangka akan membuat kenaikan secara berperingkat mencari Resistance terdekat 1.02540, Jika harga semasa berjaya menembusi Resistance tersebut maka harga semasa akan membuat kenaikan lagi untuk menguji Resistance seterusnya 1.03190
Serupa
Fundamental : …
Fundamental : Walaupun data PMI pembuatan ISM AS dicatatkan sedikit perlahan pada bulan Oktober daripada bacaan sebelumnya, namun laporan JOLTS menunjukkan jumlah pembukaan pekerjaan meningkat kepada 10…
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…