Ringgit Malaysia: tiada peluang untuk pulih?

Ringgit Malaysia: tiada peluang untuk pulih?

2019-11-11 • Dikemaskini

Hari ini kita akan meninjau matawang ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara – Ringgit Malaysia. Ringgit seperti matawang-matawang pasaran yang sedang membangun mengalami kemerosotan besar disebabkan oleh dolar AS yang kuat. Pada 10 Ogos, USD telah mencatat paras tertinggi yang baru setara dengan Julai 2017. Kesannya, kebanyakan matawang tersebut tampak berada di bawah tekanan yang lebih tinggi. Adakah Ringgit Malaysia berpeluang untuk meningkat kadarnya dalam suasana sebegini?

Bukanlah rahsia bahawa untuk ia mampu melawan USD, matawang ini perlukan sokongan yang kuat. Bagaimana pun, ringgit sangat lemah dalam hal ini. Menurut terbitan terbaru data pengeluaran perindustrian, peluang untuk ringgit semakin pudar.

Kadar pertumbuhan pengeluaran industri pada bulan Jun merudum pada paras terendah dalam 4 tahun. Penurunan dalam aktiviti perlombongan telah menyebabkan kelembapan. Data sebegini memberikan isyarat pertumbuhan sederhana di suku tahun yang kedua, membawakan risiko pelanjutan lebih perlahan bagi bulan-bulan yang mendatang. Ketegangan akibat perang dagangan juga dijangka akan terus memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia. Menurut penilaian oleh Deutsche Bank, matawang Malaysia adalah antara yang paling sensitif kepada kejutan dari luar.

Pasaran akan melihat kepada data KDNK yang akan diumum pada 16 Ogos. Institusi-institusi kewangan yang berwibawa besar seperti Nomura dan Barclays mengunjurkan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi pada suku kedua. Barclays menjangkakan penurunan sehingga ke bawah paras 5%. Nomura menjangkakan pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 4.7%. Unjuran sebegini mencetus risiko bank pusat yang dovish. Sama ada bank pusat ini akan mengekalkan kadar faedah atau memotongnya, ringgit Malaysia akan terdedah kepada risiko yang lebih besar.

Namun kami harus nyatakan juga bahawa pembelian bon-bon Malaysia oleh pelabur asing meningkat pada bulan Julai. Ia memberikan isyarat yang positif bagi ekonomi Malaysia. Aliran dana asing yang masuk semula akan melembutkan tekanan ke atas ringgit Malaysia. Namun, menurut unjuran dari pakar ekonomi UOB, USD yang kuat dan peningkatan ketegangan perdagangan tidak akan membenarkan ringgit untuk menstabil. Sedikit penurunan lanjutan dijangka berlaku. 

Apakah yang harus pedagang lakukan?

Walaupun ringgit Malaysia dijangka kekal lemah, para pedagang mempunyai peluang lain untuk meningkatkan keuntungan mereka. USD sudah terlebih nilai. Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya dua kali lagi tahun ini. Kesannya, para pedagang harus mengambil kira pasangan-pasangan yang sangat meruwap seperti EUR/USD, USD/JPY dan tidak harus melupakan matawang-matawang komoditi yang akan terus melemah ketika perang dagangan semakin merancak.

 

japanese candles Ringgit Malaysia

 

Serupa

Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?
Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?

Ya, harga minyak sedang terbakar menyala-nyala sekarang, dan, akibatnya, inflasi semakin memanas di seluruh dunia. Namun begitu, momentum kenaikan harga minyak sedang terancam.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera