Fundamental : …
RBA ! inflasi rupanya makin menganas
2022-10-26 • Dikemaskini
Fundamental :
Bacaan terbaru inflasi Australia pastinya bukan sahaja mengejutkan pasaran, tetapi juga Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah memperlahankan kenaikan kadar faedahnya awal bulan ini.
Tanpa dijangka, indeks harga pengguna (CPI) Australia melonjak 1.8% pada suku ketiga, mengatasi ramalan pasaran untuk kenaikan 1.6%.
Selain itu, data yang didedagkan Biro Perangkaan Australia (ABS) turut menunjukkan bahawa inflasi tahunan meroket 7.3% daripada 6.1%, tertinggi sejak 1990 dan hampir tiga kali ganda kadar pertumbuhan gaji.
Ukuran inflasi teras juga meningkat 1.8% pada suku yang sama, sekali gus meningkatkan kadar tahunan kepada 6.1% dan jauh tersasar daripada unjuran 5.6%.
Pasangan mata wang GBPUSD pada hari ini di lihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara menuju Resistance terdekat 1.16320 - 1.16840. Dan di jangka akan membuat penurunan untuk mencari Support terdekat 1.14780, Jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan penurunan lagi untuk menguji Support seterusnya berada di sekitar harga 1.13560.
Serupa
Fundamental : Britain berdepan masalah kekurangan tenaga kerja apabila ratusan ribu rakyat dilaporkan telah keluar dari pasaran pekerjaan sejak 2019 disebabkan penyakit jangka panjang atau masalah kesihatan mental…
Fundamental : …
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…