Apa yang Menanti Harga Minyak dan Gas Asli?

Apa yang Menanti Harga Minyak dan Gas Asli?

2022-02-01 • Dikemaskini

Awan hitam berarak di langit pasaran tenaga dan minyak lantaran dari ketegangan geopolitik, dengan meningkatnya kebimbangan mengenai potensi Ukraine diceroboh oleh Rusia. Tambahan pula, Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia. Jadi mari kita lihat bagaimana kemungkinan peningkatan ketegangan boleh memberikan impak ke atas pasaran. 

1. Gas asli

Pasaran tenaga akan menjadi yang paling terjejas jika ketegangan bertukar menjadi konflik sebenar atau sekiranya berlaku sekatan ekonomi ke atas Rusia. Ukraine adalah pemain utama dalam penghantaran tenaga. Kebanyakan  pengeksportan gas asli Rusia dilakukan menerusi Ukraine. 

Eropah bergantung kepada Rusia untuk mendapatkan kira-kira 40% of gas aslinya , yang merentasi saluran paip yang terhampar melalui Belarus dan Poland ke Jerman. Selain itu, Nord Stream 1 tersambung terus ke Jerman dan negara-negara lain merentasi wilayah Ukraine. Sebagai sebahagian daripada sekatan yang mungkin dilakukan, Jerman berkata ia mungkin akan menghentikan saluran paip gas Nord Stream 2 baharu dari Rusia jika yang Rusia menyerang Ukraine. Jika sekatan dikenakan, pasaran menjangkakan eksport gas asli dari Rusia ke Eropah Barat menerusi Ukraine dan Belarus akan menurun dengan ketara,  mendorong harga gas naik melepasi $6.3 yang pernah dicapai pada akhir 2021.

2. Minyak mentah

Sudah tentu, pasaran minyak juga akan terjejas oleh sekatan atau gangguan. Rusia adalah pengeluar minyak yang kedua terbesar di dunia. 

Harga minyak telah mencecah $90 setong buat kali pertama sejak Oktober 2014 berdasarkan kenyataan dan berita politik. Itu menjadikan $100 setong mungkin tercapai tidak lama lagi, terutamanya dengan ancaman yang semakin meningkat terhadap UAE daripada pergerakan Houthi Yaman. Berita yang negatif bermakna bekalan akan terganggu, mendorong harga ke paras tertinggi.

JP Morgan percaya bahawa ketegangan mewujudkan ancaman "kenaikan ketara pada harga minyak." Mereka menegaskan bahawa minyak yang mencecah $150 setong akan mengurangkan pertumbuhan KDNK global sebanyak 0.9% setahun pada separuh pertama tahun ini dan inflasi akan melepasi paras 7.2%.

3. Aset perlindungan

Kebimbangan geopolitik biasanya mendorong pelabur kembali kepada bon AS dan Jerman, aset yang paling selamat. Mungkin tiada bezanya pada kali ini. 

Di pasaran matawang, EUR/CHF mencerminkan risiko geopolitik di zon Euro. Kesannya, Franc Swiss dianggap sebagai salah satu aset perlindungan yang paling berkesan. Itulah sebabnya tidak menghairankan bahawa  franc telah mencapai paras yang tertinggi sejak Mei 2015, pada awal minggu lalu.

4. Bijirin dan gandum

Sebarang gangguan dalam aliran bijirin dari wilayah Laut Hitam boleh menjejaskan harga barangan ini. Ia juga akan meningkatkan inflasi harga makanan selepas kemelesetan COVID-19. 

Empat pengeksport dan pengeluar utama bijirin - Ukraine, Rusia, Kazakhstan dan Romania - menghantar barangan mereka dari pelabuhan Laut Hitam. Kekacauan mungkin berlaku jika sebarang tindakan ketenteraan atau sekatan ke atas Rusia muncul. 

Menurut data Majlis Bijirin Antarabangsa, Ukraine dijangka menjadi pengeksport jagung ketiga terbesar di dunia pada musim 2021/22 dan pengeksport gandum keempat terbesar. Rusia adalah pengeksport gandum terbesar di dunia. Risiko geopolitik di rantau Laut Hitam akan menjejaskan gandum, bijirin dan tenaga, mendorong harga meningkat lebih tinggi.

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera