Mengira keuntungan
Jika anda memasuki posisi long pada 1.0500 dan harga bergerak lebih tinggi menjadi 1.0550, itu bererti anda sudah meraih 50 pip. Tahniah! Anda sudah membuat sejumlah wang. OK, mungkin anda tertanya-tanya, "Tapi berapa banyak?". Soalan yang bagus! Mari kita kira keuntungan anda.
Ada formula yang ringkas untuk ini:
1 pip di dalam bentuk angka perpuluhan / kadar tukaran bagi matawang sebutharga kepada Dollar AS = nilai per pip.
Di dalam kes kita:
0.0001/ 1.0550 = 0.00009478 USD (dibundarkan).
Ini bermakna anda akan mendapat jumlah ini bagi setiap pip dari perdagangan yang menguntungkan. Seperti yang anda dapat lihat, ia bukanlah jumlah wang yang besar. Itu adalah kerana ia adalah nilai pip bagi seunit, manakala para pedagang pula beroperasi dengan jumlah unit yang lebih besar – yang dipanggil lot.
Kira keuntungan menggunakan kalkulator
Apakah itu sebuah lot?
Lot adalah pesanan dalam suatu jumlah yang tertentu. Di masa silam, perdagangan spot Forex hanya boleh dilakukan dalam suatu jumlah spesifik matawang asas, yang dipanggil lot. Saiz standard untuk satu lot bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas. Kemudiannya, bila pasaran Forex dibuka untuk para pedagang yang modalnya lebih kecil, lot mini dan lot mikro turut ditawarkan.
Pengiraan nilai 1 pip untuk pasangan matawang yang berbezaAnda boleh lihat bahawa lot terkecil adalah lot mikro (1,000 unit matawang asas, selalunya disebut 1K). Anda boleh berdagang 1000, 2000, 3000, atau 124,000 unit asalkan ia boleh digandakan dengan 1K. Setiap 1K disebut sebagai 1 lot.
Jadi jika seperti di contoh terakhir, anda membuka dagangan 'long' EUR/USD sebesar 1 lot standard, anda akan membeli 100,000 unit. Dalam hal ini, keuntungan anda tidak akan menjadi 0.00009478 USD bagi setiap 1 pip jika harga bergerak seperti yang anda jangkakan, tetapi 0.00009478 USD *(darab) 100,000 iaitu kira-kira 9.4787 USD. Anda juga boleh membuat dagangan menggunakan lot mini (10,000) atau mikro (1,000). Dalam hal ini, keuntungan anda akan adalah sekitar 0.94786 USD dan 0.09478 USD bagi setiap 1 pip.
Anda perlu perhatikan bahawa Dollar AS adalah matawang sebutharga bagi kebanyakan pasangan (EUR/USD, GBP/USD, dsb.). Itu bermakna kadar tukaran matawang sebutharga tersebut dengan USD bersamaan dengan 1.
- Untuk pasangan yang begitu, 1 pip sentiasa bernilai $10 bila kita dagangkan kontrak 100,000 unit (1 lot standard):
100 000 * 0.0001 / 1 = $10 (nilai pip untuk EUR/USD)
- Untuk pasangan di mana Dollar AS adalah matawang asas (USD/CHF, USD/CAD), nilai pip bergantung kepada kadar tukaran:
100,000 * 0.0001 / 1.0195 = $9.8 (nilai pip bagi USD/CHF)
- Untuk pasangan yang mengandungi Yen Jepun, nilai pip adalah dikira seperti berikut:
100 000 * 0.01 / 120.65 = $8,28 (nilai pip untuk USD/JPY)
2023-05-25 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Bagaimana Cara Untuk Mula Trade Forex?
- Cara Membuat Duit Dengan Forex
- Kalendar Ekonomi: Cara Membaca dan Menggunakannya
- Bagaimana cara membuka dan menutup pesanan dalam MetaTrader?
- Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex
- Akaun Demo Forex
- Saiz posisi tahap risiko
- Leveraj Dan Margin: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkannya Dalam Perdagangan Forex?
- Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?
- Jenis-Jenis Pesanan Perdagangan: Pasaran, Limit, Stop, Trailing Stop, Stop-Limit
- Bilakah Waktu Operasi Pasaran Forex?
- Spread Bid-Ask
- Apakah itu Lot, Poin, dan Leveraj
- Bagaimana cara berdagang?
- Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex
- Apakah Perisian Yang Anda Perlukan Untuk Berdagang?
- Kelebihan dan Risiko Berdagang Forex
- Apakah itu Perdagangan Forex?