Kalendar Ekonomi: Cara Membaca dan Menggunakannya

Baca artikel ini di laman web FBS

Kalendar ekonomi adalah alat yang penting dalam persenjataan pedagang Forex. Kalendar tersebut menunjukkan masa, tarikh dan kesan bagi peristiwa-peristiwa ekonomi domestik dan antarabangsa yang penting terhadap nilai matawang. Mari kita bincangkan instrumen yang berguna ini secara terperinci.

Apa itu kalendar ekonomi dalam Forex?

Peristiwa-peristiwa tertentu mempengaruhi pasaran pertukaran asing secara signifikan tetapi boleh diramalkan. Peristiwa-peristiwa yang berulang ini mempengaruhi sentimen pasaran dan volum perdagangan serta bertindak sebagai indikator-indikator yang membantu mengenal pasti peluang-peluang perdagangan yang berharga. Ia juga boleh bertindak sebagai indikator-indikator lonjakan kemeruapan di masa hadapan, membantu para pedagang untuk sentiasa siaga dan menggunakan strategi pengurusan risiko yang sesuai.

Dengan kalendar ekonomi, anda boleh merancang strategi anda kerana anda akan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari-hari dan minggu-minggu yang seterusnya. Anda juga boleh mendapatkan kemaskini untuk beberapa parameter ekonomi penting yang mempengaruhi pasaran-pasaran kewangan. Ini termasuk Daftar Gaji Bukan Perladangan AS, pengumuman kadar faedah, data inflasi, data pembuatan, KDNK dan banyak lagi.

Bagaimana kalendar ekonomi berfungsi?

Terdapat pelbagai versi kalendar ekonomi. Ia biasanya menerangkan peristiwa, tarikh dan masa yang dijadualkan, dan nilai-nilai sebelum, jangkaan dan sebenar. Nilai yang diramalkan memberitahu kita nombor-nombor yang pasaran jangkakan daripada suatu pengumuman. Ia boleh berupa nilai peratusan yang menandakan perubahan aras indikator atau boleh juga berbentuk nilai mutlak, sebagai contoh, aras indeks dalam sebutan poin. Nilai sebelum adalah nilai terakhir yang direkodkan bagi laporan tersebut. Nombor-nombor ini – terutamanya ramalan – mempengaruhi sentimen pasaran dan pergerakan harga menjelang peristiwa sebenar.

Sebagai contoh, jika pasaran menjangkakan angka pengangguran sesebuah negara akan menjadi lebih teruk daripada sebelumnya, nilai matawang negara itu akan jatuh berbanding matawang-matawang lain. Ia berlaku kerana peningkatan pengangguran menunjukkan kemantapan ekonomi negara yang semakin teruk, menjadikan matawangnya kurang menarik kepada para pelabur. Kemudian, ramai pedagang membuka posisi short pada matawang tersebut, dan harganya menurun.

Mari kita lihat satu contoh sebenar. Keputusan NFP yang dijangkakan pada 7 Januari 2022, ialah 426,000 tambahan pekerjaan. Keputusan sebenarnya mengecewakan, dengan hanya 199,000 pekerjaan baharu. Hasilnya, kemeruapan meningkat, dan indeks dolar susut sekitar 500 poin.

Semasa NFP diumumkan, pasangan emas dan USD adalah yang paling terkesan.

Kebanyakan kalendar mempunyai sistem yang membeza-bezakan antara peristiwa-peristiwa penting daripada yang sederhana dan yang rendah kepentingannya. AS adalah ekonomi yang terbesar di dunia, dan dolar AS adalah matawang rizab dunia. Kesannya, peristiwa-peristiwa ekonomi yang berkaitan dengan AS cenderung untuk mempengaruhi aset-aset seluruh dunia. Begitulah juga, siaran-siaran berita daripada ekonomi-ekonomi utama seperti UK, EU, China dan Jepun juga memberi impak yang ketara terhadap pasaran kewangan global. Oleh itu, para pedagang perlu menyelidik untuk menilai impak peristiwa terhadap posisi mereka.

Tarikh dan masa yang dijadualkan juga kritikal untuk masuk atau keluar pasaran pada masa yang tepat. Anggaran masa dalam kalendar ekonomi haruslah sejajar dengan zon waktu tempatan pedagang berkenaan untuk mengelakkan kesilapan pengiraan.

Berita-berita terpenting dalam perdagangan Forex

Apabila bercakap tentang perdagangan matawang, beberapa peristiwa mempunyai kesan ekonomi yang lebih besar berbanding yang lain. Mari kita lihat satu persatu.

Keputusan Kadar Faedah Bank Pusat

Bank pusat memantau kemantapan ekonomi negara dengan menaikkan dan menurunkan kadar-kadar faedah dan melaksanakan polisi-polisi monetari lain. Peningkatan dalam kadar-kadar faedah boleh mendorong matawang negara menjadi lebih tinggi berbanding matawang lain, dan sebaliknya.

Indeks Harga Pengguna (CPI)

CPI adalah pengukur inflasi. Kadar inflasi yang tinggi secara berterusan boleh menyebabkan bank pusat menaikkan kadar-kadar faedah untuk mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kenaikan kadar akan mendorong matawang negara naik dalam jangka pendek.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI)

PMI mencerminkan keadaan aktiviti pembuatan dalam sesebuah negara. Aras di atas 50 menunjukkan ekonomi bertumbuh berbanding bulan sebelumnya dan adalah positif untuk matawang.

NFP AS

Walaupun data pengangguran sesebuah negara adalah penting untuk menjejaki arah nilai matawangnya, laporan NFP AS adalah salah satu peristiwa paling penting untuk para pedagang Forex. Dikeluarkan pada Jumaat pertama setiap bulan, ia menjejaki kadar pekerjaan AS (tidak termasuk petani, yang bekerja sendiri dan beberapa bahagian lain). Ia juga penting untuk pendirian kadar faedah masa hadapan Rizab Persekutuan AS.

Bagaimanakah cara membaca dan menggunakan kalendar ekonomi Forex

Kalendar ekonomi digunakan untuk meramal pergerakan pasangan matawang. Pelbagai sumber kewangan menilai keadaan pasaran sebelum pengumuman tersebut dan mencadangkan nombor-nombor yang mungkin akan terbit. Walau bagaimanapun, daripada meletakkan pesanan berdasarkannya, para pedagang boleh menggunakan maklumat ini dalam konteks analisis teknikal mereka.

Para pedagang boleh mengkaji trend pasaran semasa, arah harga, dan kekuatan serta mengenal pasti aras sokongan dan rintangan sebelum berita tersebut diumumkan. Jika nombor-nombor positif dijangkakan, para pedagang mungkin melihat lonjakan dalam aksi harga antara aras-aras ini. Para pedagang intrahari boleh mengambil kesempatan daripada kemeruapan harga menjelang peristiwa besar. Para pedagang yang lebih konservatif mungkin mahu menunggu kemeruapan reda selepas pasaran menghadam maklumat tersebut.

Berikut adalah cara yang popular untuk berdagang sempena pengumuman ekonomi:

  • Elakkan dari berdagang dalam tempoh 15 minit pertama selepas pengumuman.
  • Langkah seterusnya ialah menyemak carta candlestick untuk bar dalaman dalam bar permulaan. Harga tinggi dan rendah bar ini adalah pencetus untuk berdagang.
  • Para pedagang boleh berdagang dalam arah penembusan (breakout) apabila bar seterusnya ditutup di atas atau di bawah bar dalaman.
  • Renti rugi boleh ditetapkan sejauh 30 poin.
  • Kebanyakan pergerakan berlaku dalam masa 4 jam. Oleh itu, para pedagang boleh keluar daripada posisi mereka dalam masa 4 jam. Di sini sasaran keuntungan bergantung pada masa.

Pengumuman berita penting boleh menyebabkan gelinciran (slippage), yang bermakna perdagangan dengan risiko 1% boleh berakhir dengan kerugian 5%. Justeru kerana ketidakpastian ini, para pedagang Forex sering menutup posisi beberapa minit atau jam sebelum laporan dikeluarkan. Ini bermakna kecairan pasaran juga mungkin akan jatuh. Oleh itu, para pedagang harus berhati-hati.

Kesimpulan

Kalendar ekonomi adalah alat yang amat berguna bukan sahaja untuk analisis fundamental tetapi juga untuk analisis teknikal. Jangan lupa untuk menyemaknya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk meramalkan kemungkinan turun naik pasaran.

Mula berdagang

2023-05-25 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.