Cara Menggunakan Pengunduran Fibonacci

Baca artikel ini di laman web FBS

Apakah itu aras Pengunduran Fibonacci?

Dalam perdagangan, bergantung kepada intuisi sahaja tidak memadai. Untuk mencapai kejayaan, pedagang perlu dapat menggunakan pelbagai teknik dan alat untuk meramalkan pergerakan harga aset. Salah satu alat yang sebegitu ialah aras Pengunduran Fibonacci (Fibonacci Retracements). Aras Pengunduran Fibonacci adalah garisan horizontal pada carta harga yang menunjukkan aras sokongan dan rintangan yang mungkin bagi pergerakan harga. Ini membantu pedagang melihat pada titik mana harga mungkin kembali ke paras sebelumnya sebelum meneruskan trend.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai Pengunduran Fibonacci, cara mengira dan menggunakannya dalam perdagangan anda, alat-alat lain yang serasi dengan Pengunduran Fibonacci dan batasan yang mungkin anda hadapi semasa menggunakan alat ini.

Formula untuk aras Pengunduran Fibonacci

Alat Pengunduran Fibonacci terbina berdasarkan matematik. Untuk mengenal pasti aras Pengunduran Fibonacci, anda perlu menggunakan formula berikut:

UR = H - ((H - L) * peratusan) – untuk pergerakan uptrend; atau

DR = L + ((H - L) * peratusan) – untuk pergerakan downtrend,

di mana

  • UR ialah pengunduran uptrend;
  • DR ialah pengunduran downtrend;
  • H ialah harga tinggi;
  • L ialah harga rendah.

Walaupun kebanyakan platform perdagangan boleh membuat pengiraan ini secara automatik, tetapi adalah lebih baik untuk memahami bagaimana anda boleh melakukannya sendiri.

Bagaimana cara mengira aras Pengunduran Fibonacci

Sekarang anda tahu formula untuk aras Pengunduran Fibonacci, anda boleh belajar bagaimana cara sebenar untuk mengiranya.

Pertama sekali, anda perlu melihat carta harga dan memilih dua titik harga – satu titik harga tinggi dan satu titik harga rendah. Sila maklum bahawa adalah sangat penting untuk memastikan bahawa tidak ada aras tinggi yang lebih tinggi atau rendah yang lebih rendah. Jika anda mengenal pasti mereka secara salah, pengiraan anda akan menjadi salah dan anda akan terlepas aras pengunduran yang betul. Kemudian, setelah anda menemui aras tinggi dan rendah, anda boleh menggunakan dua nombor ini dalam formula dan mengira aras pengunduran untuk sektor pergerakan harga ini.

Apakah itu nisbah Fibonacci?

Walau bagaimanapun, hanya mengetahui aras tinggi dan rendah sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu tahu berapa peratusan yang perlu digunakan di dalam formula di atas. Apabila mengira aras Pengunduran Fibonacci, pedagang menggunakan apa yang dipanggil nisbah Fibonacci.

Nisbah Fibonacci adalah peratusan julat harga yang dipilih yang menentukan aras sokongan dan rintangan pergerakan harga. Nisbah Fibonacci diperolehi daripada nombor Fibonacci ‐ jujukan nombor di mana setiap nombor adalah jumlah dua nombor sebelumnya. Jika anda membahagikan suatu nombor Fibonacci dengan nombor Fibonacci seterusnya, hasilnya akan menjadi 0.618 (61.8%). Jika anda membahagikan nombor yang sama dengan nombor kedua di sebelah kanannya, anda’akan mendapat 0.382 (38.2%), dan kemudian 0.236 (23.6%). Ternyata nisbah-nisbah ini bersama-sama dengan 50% mewakili aras sokongan dan rintangan dalam pergerakan harga, jadi mereka digunakan untuk mengenal pasti aras Pengunduran Fibonacci.

Sebagai contoh, katakanlah harga suatu aset meningkat daripada $15 kepada $18.43. Dalam kes ini, formula untuk mencari aras Pengunduran Fibonacci akan kelihatan seperti ini:

$ 18.43 - (($ 18.43 - $ 15) * peratusan)

Oleh itu, kita akan mendapat aras pengunduran berikut: $ 17.62 (pada 23.6%), $ 17.12 (pada 38.2%), $ 16.71 (pada 50%) dan $ 16.31 (pada 61.8%).

Bagaimana cara untuk anda gunakan aras Pengunduran Fibonacci di carta?

Aras Pengunduran Fibonacci boleh digunakan dalam carta sebagai cara untuk mencari masa yang paling sesuai untuk memasuki perdagangan. Cara yang paling biasa untuk menggunakan alat ini adalah untuk melihat sama ada harga akan menjejak semula ke salah satu aras Fibonacci selepas mengikuti perdagangan yang stabil. Sebagai contoh, jika anda melihat bahawa selepas suatu kenaikan yang ketara harga aset menurun 23.6% dan kemudian naik semula, ia mungkin masa yang sesuai untuk memasuki posisi.

Bagaimana cara untuk melukis Pengunduran Fibonacci?

Walaupun sifatnya amat sukar dijelaskan, aras Pengunduran Fibonacci dianggap sebagai alat yang boleh diandalkan untuk meramal pergerakan harga, terutamanya bila digandingkan dengan kaedah analisis teknikal lain. Walau bagaimanapun, melukis garisan Pengunduran Fibonacci mungkin kelihatan agak mencabar bagi sesetengah pedagang kerana garisanan yang tidak dilukis dengan baik boleh membawa kepada kesimpulan yang salah dan merosakkan keseluruhan perdagangan anda. Itulah sebabnya mengapa ianya penting untuk mengetahui bagaimana untuk melukis Pengunduran Fibonacci dengan betul.

Mujurlah, kebanyakan platform perdagangan mempunyai alat Fibonacci yang sedia terbina di dalamnya, jadi anda tidak perlu melukis garisan dan aras secara manual. Tetapi apa yang anda perlu lakukan ialah memeriksa pergerakan harga terkini dengan teliti dan memilih titik swing tinggi dan swing rendah. Kemudian anda perlu menyeret kursor anda dari titik rendah ke titik tinggi (untuk trend menaik) atau dari titik tinggi ke titik rendah (untuk trend menurun) untuk melukis apa yang dipanggil garisan dasar. Selepas itu, perisian akan meletakkan aras-aras Fibonacci secara automatik, membolehkan anda melihat aras sokongan atau rintangan yang mungkin pada carta anda dan membina strategi perdagangan anda dengan sewajarnya.

Cara berdagang menggunakan Pengunduran Fibonacci

Terdapat pelbagai cara untuk menggabungkan aras Pengunduran Fibonacci dalam strategi perdagangan anda.

Harga aset tidak bergerak dalam garisan lurus. Mungkin terdapat beberapa pengunduran dalam trend, yang mana setelah itu harga kembali ke landasan asal. Dalam kes ini, aras Pengunduran Fibonacci boleh menunjukkan kepada anda bila harga berkemungkinan akan berhadapan dengan aras sokongan dan rintangan dan terus bergerak dengan trend umum. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk mencari masa yang paling sesuai untuk membuka posisi dan juga menetapkan titik kemasukan automatik pada aras pengunduran.

Tidak penting jika anda berdagang searah atau melawan trend; gunakan Pengunduran Fibonacci untuk mencari tempat di mana aset boleh melantun atau menyongsang. Juga, garisan ini membantu dalam meletakkan Renti Rugi dan Ambilan Untung.

Secara umumnya, pedagang lebih suka mengambil jalan selamat dan memasuki posisi apabila harga telah melantun dari salah satu aras Fibonacci. Tetapi sesetengah pedagang memilih gaya perdagangan yang agresif dan enggan menunggu harga melantun sebelum membuka posisi. Dalam kes ini, aras Pengunduran Fibonacci juga boleh digunakan untuk meletakkan pesanan Renti Rugi sebagai langkah keselamatan.

Meletakkan Renti Rugi dan Ambilan Untung

Biasanya, pedagang membuat pesanan Renti Rugi tepat di bawah aras Fibonacci seterusnya selepas mereka membeli suatu aset atau di atas aras seterusnya selepas mereka menjualnya. Dengan cara ini, jika trend berpatah arah, kerugian anda diminimumkan.

Susunan bagi ambilan untung sedikit berbeza kerana sesetengah pedagang lebih suka menutup sebahagian daripada perdagangan pada garisan rintangan terdekat dan menggerakkan Renti Rugi ke titik pulang modal. Apabila berdagang dengan Pengunduran Fibonacci, pertimbangkan untuk membahagikan pesanan anda kepada 2-4 bahagian yang sama dan tutup satu bahagian setiap kali harga menyentuh salah satu aras Fibonacci. Anda boleh menutup bahagian terakhir pada aras 0.0 untuk menuai keuntungan anda sepenuhnya.

Pengunduran Fibonacci bersama dengan alat-alat lain

Oleh kerana Pengunduran Fibonacci digunakan untuk mengenal pasti potensi aras sokongan dan rintangan, adalah lebih baik untuk menggunakan alat dan kaedah lain sebelum memutuskan langkah anda yang seterusnya. Berikut adalah alat-alat lain yang boleh digunakan dengan Pengunduran Fibonacci:

  • Garisan trend. Jika anda melukis garisan trend di sepanjang trajektori pergerakan harga dan menggunakan Pengunduran Fibonacci pada masa yang sama, anda akan melihat garisanan trend melintasi aras pengunduran. Tempat-tempat di mana ia berlaku dianggap sebagai titik yang paling baik untuk membuka posisi.

  • Purata bergerak. Purata bergerak berguna untuk mengenal pasti kawasan sokongan dan rintangan yang mungkin. Purata bergerak 200 tempoh secara khususnya sering digunakan bersama-sama dengan Pengunduran Fibonacci kerana jika ia bertepatan dengan aras pengunduran 50%, kemungkinan besar akan berlaku pullback pada aras ini. Titik ini adalah tempat yang sesuai untuk memasuki pasaran atau mengambil keuntungan.

  • Pola candlestick. Mencari pola candlestick penyongsangan berhampiran aras pengunduran adalah cara yang baik untuk memastikan bahawa sokongan atau rintangan berkemungkinan berlaku. Oleh itu, mengetahui cara menggunakan candlestick boleh membantu anda memahami aras Pengunduran Fibonacci dengan lebih baik. Perhatikan bahawa pola candlestick tidak boleh diandalkan apabila digunakan tanpa indikator teknikal lain dan boleh memberikan banyak isyarat palsu. Cuba gunakannya dengan Pengunduran Fibonacci, osilator RSI, atau analisis volum.

Had penggunaan aras Pengunduran Fibonacci

Walaupun aras Pengunduran Fibonacci adalah alat yang popular untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan, tidak ada jaminan bahawa harga akan melantun dari aras-aras ini. Trend boleh sahaja terus bergerak dalam arah yang bertentangan dengan trend semasa dan tidak pernah berhenti di mana-mana aras Fibonacci, menandakan penyongsangan dalam pergerakan harga.

Isu lain ialah ianya mustahil untuk meramalkan dengan tepat pada aras mana harga akan berpatah balik. Jadi menggunakan Pengunduran Fibonacci semata-mata tanpa alat lain atau signal pengesahan (seperti lantunan harga) tidak akan memberikan anggaran yang konkrit sama ada dan bila harga akan meneruskan trend.

Osilator RSI berfungsi dengan sangat baik bila digabungkan dengan Pengunduran Fibonacci. Secara bersama, gabungan ini memberikan isyarat yang lebih layak diandalkan untuk masuk dan keluar daripada posisi.

Kesimpulan

Pengunduran Fibonacci mungkin salah satu alat terbaik yang anda boleh gunakan dalam perdagangan kerana ia boleh menunjukkan di mana pedagang harus membeli atau menjual. Ia menunjukkan masa nyang terbaik untuk masuk atau keluar daripada urusniaga dan di mana untuk meletakkan pesanan renti rugi. Hal yang terbaik tentang Pengunduran Fibonacci adalah betapa ia membolehkan pedagang untuk melihat ke masa depan dan meramalkan aras sokongan dan rintangan yang mungkin sebelum harga mencapainya. Walaupun sangat popular di kalangan pedagang, Pengunduran Fibonacci bukanlah alat yang sempurna, jadi menggabungkannya dengan alat dan kaedah lain adalah penting untuk mendapatkan ramalan yang terbaik.

Mula berdagang

2023-05-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.