Bagaimanakah cara menangani hingar pasaran?

Baca artikel ini di laman web FBS

Carta harga tidak bergerak dalam satu garisan lurus. Lazimnya, walaupun harga mempunyai trend yang tertentu, ia masih lagi akan membentuk gerakan-gerakan kecil ke atas dan ke bawah. Pergerakan seperti ini terjadi secara semulajadi bila posisi besar dibuka dan ditutup di pasaran interbank.

Bila anda membuka suatu dagangan, situasinya yang ideal adalah posisi anda akan bergerak secara pantas menjadi untung. Namun, riak-riak rawak pada harga – apa yang dipanggil sebagai ""hingar"" (noise) – boleh menjuruskan anda kepada drawdown dan malah secara pramatang memicu Renti Rugi (stop loss) anda. Selain itu, hingar pasaran juga boleh memberikan anda signal dagangan yang palsu.

Pedagang harus sentiasa menyasarkan untuk membuat kemasukan yang tepat di pasaran: yang menepati prinsip ""beli rendah, jual tinggi"" dan tidak direnteti dengan drawdown. Untuk mencapai matlamat ini, adalah perlu untuk memahami bagaimana caranya untuk menangani hingar pasaran. Inilah yang akan dijelaskan di dalam tutorial ini.

Rangka masa (Timeframe)

Jika anda lihat pada rangka masa yang lebih tinggi (contohnya, D1) anda mungkin tidak akan dapat melihat banyak gerakan harga yang boleh dicerap di rangka masa yang lebih rendah (H1 misalnya). Lantas, jika anda lihat rangka masa yang lebih kecil dan perdagangan intrahari tidak menepati selera anda, pertimbangkanlah untuk berpindah ke rangka masa yang lebih besar dan lanjutkan tempoh dagangan-dagangan anda.

Fokus kepada trend

"Perdagangan trend adalah salah satu pendekatan yang paling logik di pasaran Forex. Pembetulan kecil (minor corrections) di dalam suatu trend dan kemeruwapan intrahari dianggap sebagai hingar pasaran di dalam perdagangan trend.

Untuk mengurangkan dedahan anda kepada hingar pasaran, lakukan yang berikut:

Tentukan arah trend

Di sini anda bebas untuk gunakan teknik-teknik seperti garisan trend, purata bergerak dan indikator-indikator lain.

Ukur kekuatan trend ini

Indikator teknikal yang paling popular untuk mengukur kekuatan suatu trend adalah ADX. Anda boleh baca cara-cara penggunaannya di sini.

 Gunakan indikator khusus yang menghapuskan hingar pasaran.

Di bawah kami senaraikan perkakas terbaik yang akan membantu anda mengelakkan gerakan palsu harga.

 Pilih strategi perdagangan yang hendak digunakan.

Anda boleh putuskan untuk berdagang dengan aksi harga; gabungkan Heiken Ashi dengan ADX; gunakan ZigZag bersama dengan Jalur Bollinger; amalkan Sistem Triple Screen ciptaan Alexander Elder yang menyaring signal-signal menggunakan beberapa rangka masa. Ada banyak pilihan! Perkara pokoknya adalah untuk menggunakan apa-apa perkakas untuk menghapuskan hingar pasaran dari sistem anda. "

Perkakas teknikal yang akan membantu menghapuskan hingar harga

Ada beberapa indikator teknikal dan perkakas yang direka untuk membantu para pedagang mengabaikan pergerakan palsu pasaran dan fokus kepada swing-swing besar yang menawarkan keuntungan yang lumayan.

ZigZag

ZigZag adalah indikator yang menyerlahkan swing harga yang signifikan di carta. Riak-riak kecil di pasaran yang di bawah ambang sensitiviti indikator ini tidak diserlahkan. Justeru, ZigZag membantu para pedagang melihat gambaran yang lebih luas dan buat keputusan berdasarkan dinamik harga yang tulen. Panduan khusus untuk setup ZigZag di carta anda boleh dibaca di sini.

ZigZag menyerlahkan hanya swing-swing harga yang paling penting

Heiken Ashi

Heiken Ashi adalah indikator teknikal custom yang memberikan para pedagang dengan carta harga yang sama sekali baru dan berlainan. Indikator ini melukis candlestick yang mempunyai formula yang berbeza dari candlestick Jepun tradisional. Harga pembukaan dan penutupannya dikira semula berdasarkan purata. Pelarasan ini membolehkan hingar pasaran diabaikan dan signal-signal spesifik tentang kekuatan trend boleh diperolehi. Baca lagi tentang Heiken Ashi di sini.

Heiken Ashi melukis semula candlestick Jepun dan melicinkan carta

Carta Renko

Renko adalah satu lagi alternatif kepada carta candlestick Jepun biasa. Ciri-ciri khasnya adalah ia tidak mengambil kira parameter seperti 'masa'. Sebuah 'bata' (brick) dilukis di carta Renko hanya bila harga melangkau ke atas atau ke bawah pada jarak tertentu. Kesannya, pedagang mendapat peluang unik untuk mengkaji pasaran dari segi arah harga. Keupayaan untuk memilih saiz "bata" membolehkan anda menyaring riak-riak turun naik yang kecil dan tidak signifikan. Klik di sini untuk pelajari tentang Renko. 

Carta Renko memberikan perspektif unik bagi mencerap pergerakan harga

Kesimpulan

Menangani hingar pasaran sebahagian dari perdagangan Forex yang tidak dapat diabaikan. Anda harus berhati-hati dengan fenomena ini kerana dengna cara ini anda dapat mengelak kesilapan dan memperbaiki keberuntungan strategi perdagangan anda.

Mula berdagang

2023-05-11 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.