Bagaimanakah caranya membina strategi perdagangan anda sendiri?

Ramai orang percaya bahawa pasaran forex adalah rawak, jadi mereka cenderung berdagang berdasarkan gerak hati, bergantung sepenuhnya kepada naluri. Adakalanya ini mampu menghasilkan keuntungan besar dalam satu dagangan, dicetuskan semata-mata dari ilham. Namun kejayaan seperti ini hanya untung nasib. Tidak ada jaminan anda mampu mengulanginya.

Para pedagang berpengalaman bergantung kepada strategi perdagangan yang rumit. Mereka tahu walaupun ada sedikit perbezaan pada harga pasaran, sebut harga tetap mematuhi pola tertentu. Justeru, adalah perlu untuk mempunyai pendekatan yang strategik dalam perdagangan. Itulah sebabnya kami mencadangkan anda untuk membina strategi anda sendiri.

Manfaat memiliki suatu strategi perdagangan

  • Strategi adalah satu set peraturan. Ia membantu seseorang pedagang mengelakkan emosi yang memusnahkan sewaktu perdagangan, tetapi hanya jika si pedagang mematuhi strategi itu tanpa ada melencong.
  • Suatu strategi boleh diuji dengan data silam (backtest), jadi anda akan mempunyai bukti jika ia benar-benar berkesan. 
  • Strategi mengurangkan masa analisis pasaran. Sebaik sahaja strategi memberikan signal, pedagang mula bertindak. 

к 27.png

Tip perdagangan: Anda boleh temui banyak strategi perdagangan di Internet. Sebelum menggunakan mana-mana darinya di akaun sebenar, uji dahulu di akaun demo. Punyai jangkaan yang realistik – sesetengah strategi adalah lebih baik dari yang lain, tetapi tiada yang akan menawarkan anda keuntungan 100%. 

Maka, walaupun ada ratusan strategi untuk digunakan, anda boleh cuba membina satu strategi anda sendiri. Kelebihannya yang tak boleh disangkal adalah ia mengambil kira pendekatan peribadi anda dalam perdagangan Forex.  

Anda tidak perlu mempunyai pengalaman berdagang bertahun-tahun untuk membina strategi anda sendiri. Namun anda perlu tahu perkara-perkara asas seperti:  

  • Bagaimana dan bila kadar tukaran bergerak. Sebagai contoh, anda harus tahu bahawa matawang boleh meningkat dan menurun bila bank-bank pusat bermesyuarat dan mengumumkan data ekonomi yang penting.
  • Di mana terletaknya peluang: setup peristiwa ekonomi atau teknikal yang bagaimanakah yang membawa kepada pergerakan spesifik pada pasaran. 

Langkah-langkah untuk membina strategi perdagangan anda sendiri

  1. Tanya diri sendiri siapakah anda: scalper, pedagang harian, pedagang jangka sederhana, atau pedagang jangka panjang, dan pilih satu rangka masa – M30, per jam, harian, mingguan, bulanan, dsb.
  2. Tentukan di keadaan pasaran yang bagaimana yang akan anda fokuskan. Seperti yang anda tahu, ada tiga keadaan utama: trending, menjajar, dan breakout. Setiap satu dari tiga keadaan ini menampilkan tona pasaran yang berbeza. Maka, sebuah strategi yang bagus untuk perdagangan trend boleh memberikan hasil yang lemah bila pasaran sedang menjajar.
  3. Pilih perkakas anda: adakah anda akan menggunakan indikator teknikal, dan jika ya, yang mana satu? Ada dua jenis strategi: dengan indikator dan tanpa indikator. Jika anda lebih gemar strategi berindikator, pelbagai indikator teknikal yang terdapat di Metatrader akan membantu anda mengenal pasti pergerakan pasaran. Strategi-strategi tanpa indikator termasuklah pola candlestick, pola carta, garisan-garisan trend dan pelbagai elemen aksi harga, dan juga perdagangan berita. 
  4. Takrifkan setup (prasyarat wajib) dan pemicu (trigger, peraturan kemasukan dagangan) strategi anda.Setup adalah keadaan pasaran yang memberikan kelebihan, yang signifikan tetapi belum mencukupi untuk pembukaan posisi. Ia boleh merujuk kepada lokasi tertentu kandil atau indikator-indikator yang anda gunakan ke atas carta teknikal. Setup menunjukkan masa yang lebih sesuai untuk berdagang, tetapi ia tidak menunjukkan titik waktu spesifik bilakah anda harus masuk ke pasaran. Setup ini mungkin terdiri dari satu atau lebih penyaring (filter). Penyaring direka untuk melindungi pedagang dari menerima signal palsu perdagangan. Namun, jika anda gunakan terlalu banyak penyaring, anda berisiko terlepas semua signal, jadi keseimbangan antara bilangan penyaring yang sedikit dan banyak adalah perlu. Unsur penting kedua adalah pemicu. Ia berlainan dengan setup dari segi di mana ia adalah signal teknikal yang menandakan momen yang sesuai untuk masuk ke paaran. Adalah penting untuk anda ketahui pemicu anda untuk masuk ke pasaran tanpa ragu-ragu. Ia mungkin boleh jadi berupa candlestick, pola bar, indikator, dan osilator. 
  5. Tetapkan parameter pengurusan risiko: nisbah risiko/ganjaran, saiz posisi. Nisbah umum antara potensi kerugian dan keuntungan adalah 1:3. Peraturan asas perdagangan adalah begini: risikokan tidak lebih daripada 1-2% deposit untuk 1 dagangan.
  6. Pilih peraturan keluar – buat peraturan untuk pesanan Ambilan Untung dan Renti Rugi. Wujud bukan hanya pemicu kemasukan, tetapi juga pemicu keluar juga. Ia adalah momen di mana anda faham bahawa masanya sudah tiba untuk menutup dagangan anda. Pemicu keluar berguna bukan sahaja bila anda gagal tetapi jika anda mempunyai dagangan yang menguntungkan kerana pasaran tidak akan menyebelahi anda selama-lamanya. 
  7. Tuliskan peraturan-peraturan strategi anda. Walaupun anda pasti anda akan ingat semua langkah yang membentuk strategi anda, adalah penting untuk menulisnya agar anda tidak teragak-agak bila waktunya untuk berdagang.
  8. Uji strategi anda di akaun demo. Berusaha dengan gigih: ini akan menjadi batu asas kejayaan anda. Jika ada kesilapan, anda boleh betulkannya tanpa merugikan wang. 
  9. Mula gunakan strategi anda pada akaun sebenar (live account): jangan melencong dari peraturan anda, tetapi teruskan mengkaji dan berfikir bagaimana anda boleh menjadikan strategi anda lebih baik.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera